..

..

DYANA SOFYA BAKAL TINGGALKAN DAP SEPERTI TUNKU AZIZ ??

on Monday, June 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Seorang bekas naib presiden DAP hari ini berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.

Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata, beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz kepada Bernama.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil. - Bernama


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Diyana jangan pulak masuk PKR. Itu serupa loncat dari mulut harimau ke mulut buaya......banyak buaya dalam Pkr yob. Sekor buaya tua hantu seks depan belakang yang first2 menerpa. Ada jer nak berbincang dalam apartment atau condo. Ada jugak pulak ustad yang nak beri konselling di bilik hotel kul 3 pagi. Nanti jadi drama bersiri bawang putih bawang merah.

  2. KZSO says:

    Dyana patut kahwin jer ler..

  3. Anonymous says:

    bang mat sabu dah lama mengidam nak cium bau Diyana....ada sama tak macaam "bau Mah"....????hu..hu..hu...

  4. Anonymous says:

    Orang jenis ni biar le dalam dap berpolitik atas dasar kepentingan diri sendiri....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.