..

..

DINASTI LIM ANGKUH & PENYOKONG DAP ANTI CALON MELAYU PENYEBAB KEKALAHAN #PRKTelukIntan @NajibRazak @drnovandri @tunfaisal

on Sunday, June 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Percaturan Kit Siang & anaknya Guan Eng yang angkuh hanya  meletakkan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd. Daud bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan  telah gagal  apabila Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berjaya memenangi hati pengundi dengan memperoleh majoriti 238 undi.

Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya meraih 19,919 undi.
Keputusan PRK itu yang turut menyaksikan sebanyak 543 undi ditolak .

Peratusan jumlah pengundian bagaimanapun merosot kepada 66.67 peratus iaitu 40,236 daripada 59,927 pemilih berdaftar yang keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka di 120 saluran melibatkan 35 pusat mengundi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng, 48, menewaskan calon BN, Siew Keong dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Kemenangan hari ini juga merupakan yang ketiga dicapai oleh BN dalam enam PRK yang diadakan selepas PRU-13.




Calon Melayu ditolak penyokong DAP 


Berdasarkan kepada analisis & komen  sendiri  daripada dinasti Lim , mereka akui Dyana  calon pilihan Kit Siang   kalah disebabkan  beliau berbangsa MELAYU dan ditolak kuat pengundi CINA terutama  penyokong tegar DAP .  

Ia juga di tambah lagi isu  beliau dan ibunya pernah terbabit dengan NGO Melayu  yang kuat dibenci DAP iaitu PERKASA  juga turut memberi kesan besar. 

Ternyata jelas dan nyata ahli & penyokong DAP bersifat RASIS dan menolak mentah-mentah calon parti mereka berbangsa Melayu .  Mereka hanya mahu calon CINA sahaja mewakili DAP  . Ini lah wajah sebenar kaum Cina dan itu pun macai2 Melayu PAS & PKR tidak sedar2 lagi .

Mereka tidak mempercayai langsung calon Melayu  walaupun dia seorang Setiausaha politik Kit Siang dengan tidak keluar mengundi dan juga   swing menyokong calon BN Datuk Mah Siew Keong yang berbangsa Cina .  

Keangkuhan anak beranak LIM memandang rendah keupayaan BN  di PRU Teluk Intan  dengan mengetepikan calon tempatan Cina  DAP di Teluk Intan ternyata memakan diri mereka . 



Undi Melayu & India terus jadi kekuatan BN 


Jika pengundi Cina luar  di kubu kuat DAP  DUN Pasir Berdamar mencatat peratusan pengundi ramai , maka BN sudah tentu  akan kalah !!   Itu perkiraan mudah untuk DAP sejak dari awal yakin menang melalui twitter mereka serta di portal  Malaysiakini .

BN hanya kuat di   DUN Changkat Jong yang dimenangi PRU13 dengan majoriti 1,118 undi 
dan undi diterima kali ini di PRK hanya meningkat 100 undi sahaja berbanding PRU13.

Ini jelas menunjukkan jentera BN telah   berjaya mengeluarkan pengundi putih & penyokong parti keluar mengundi kali ini dan DAP pulak hanya memperoleh undi daripada pengundi Cina dan segelintir pemimpin Pas peringkat cawangan .

Manakala BN difahamkan  menguasai undi daripada masyarakat Melayu  di kampung dan kaum India di estet2.


Pengundi Teluk Intan matang , tidak terperangkap emosi 

Kebijaksanaan dan kematangan pengundi  di Teluk Intan memilih wakil rakyat  untuk berkhidmat  kepadamereka juga salah satu faktor kekalahan DAP .

Sebelum ini DAP dan PR begitu angkuh hingga meletakkan calon muda baru & tiada pengalaman di beberapa PRK  kerana menganggap boleh menang jika kerusi dimenangi mereka di PRU13. 

Tahniah pengundi Teluk Intan yang bijak kerana memilih pemimpin berpengalaman dan menolak eksploitasi sentimen kebencian dan emosi oleh DAP & cybertrooper RBA . 


Jika Mah menang jadi MENTERI turning point BN 

GPB melihat janji PM jika Mah menang PRK Teluk Intan ini sebenarnya menjadi turning point saat akhir kempen yang berjaya menarik perhatian pengundi -pengundi .

Walaupun pelbagai tohmahan DAP mendakwa ini satu gimik BN   , tetapi  sikap Mah yang akan menolak jawatan Menteri melalui lantikan Senator juga menunjukan kematangan dan sifat gentleman beliau . 


Tahniah kepada semua pengundi Teluk Intan kerana memilih BN dan terima kasih kepada semua jentera yang membantu kemenangan manis ini.   GPB berharap bakal Menteri Datuk Mah Siew Keong ini tidak akan melupakan sokongan pengundi Melayu & India yang membantu kemenangan beliau  .





One Response

  1. Anonymous says:

    DAP celaka.. segera mampus DAP dgn Lim sial anak beranak!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.