..

..

DAH LA MEDAN SELERA UZUR & KURANG SAMBUTAN , KERAJAAN DAP NAIK HARGA SEWA 100 % @dzainalabidin

on Friday, June 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Inilah nasib peniaga Melayu P.Pinang...

Nak berniaga di tepi jalan akan dirobohkan MPSP kerana berniaga secara haram ...

Kalau nak berniaga di tapak medan selera pulak berdepan sewa tinggi ...customer kurang........tempat tak selesa ...mana nak untung ??

Kalau beginilah keadaaanya dalam masa 10 tahun diperintah DAP   ... 

insyallah kita akan jumpa orang Melayu   Penang akan  berniaga di Kajang  sepertimana Wan Azizah jumpa dulu semasa kempen PRK  ..

Tahniah kepada macai2 Pakatan kerana anda berjaya bantu DAP menindas peniaga Melayu..






- Lebih 700 peniaga gerai makanan yang menyewa premis Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu bersedia membayar kadar sewa lebih tinggi selepas kerajaan DAP Pulau Pinang meluluskan kenaikan sewa baru-baru ini.

Kenaikan itu yang dijangka mencecah sehingga 100 peratus akan bermula pada September ini dan sudah pun diluluskan dalam mesyuarat MPSP baru-baru ini.

Kelulusan yang mengejutkan itu mengundang rasa tidak puas hati peniaga-peniaga yang menyewa dengan MPSP apabila majoriti mereka meluahkan rasa kecewa kepada Utusan Malaysia dan menggesa perkara tersebut dikaji semula.

Peniaga mi goreng di Medan Selera Tenggiri, Seberang Jaya dekat sini, Ali Shuiu berkata, kelulusan itu jika dilaksana kelak sudah tentu akan membebankan golongan peniaga sepertinya.

Apatah lagi, menurutnya, golongan peniaga di Medan Selera Tenggiri ketika ini juga sudah terbeban dengan masalah kekurangan pelanggan kerana terlalu banyak medan selera di kawasan sekitar dibuka.

"Kalau dahulu, terdapat 50 gerai beroperasi tetapi sekarang ini hanya tinggal 10 gerai sahaja. Masalah ini berlaku kerana kekurangan pelanggan yang datang ke sini menyebabkan pendapatan kami merosot," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ali yang berniaga di situ sejak 24 tahun lalu berkata, ketika ini, dia membayar harga sewa sebanyak RM60 sebulan bagi satu tapak selain bil elektrik dan bil air yang dibayar berasingan sebanyak RM70 sebulan manakala gaji pekerja sebanyak RM500.

"Di sebalik pelbagai bayaran yang perlu dilunaskan itu, pendapatan saya sehari pula cukup sedikit iaitu hanya kira-kira RM70 sehari.

"Jadi, bagaimana saya mampu meneruskan perniagaan sekiranya harga sewa tapak pula mahu dinaikkan pada masa depan?" katanya.

Menurutnya, kali terakhir bayaran sewa dinaikkan adalah kira-kira 10 tahun lalu.

Sementara itu, peniaga nasi campur, Syarena Mohd. Fauzi, 32, berkata, kenaikan harga sewa tapak sepatutnya turut disusuli dengan penambahbaikan kemudahan dan keselesaan di medan selera tersebut yang kini semakin kurang mendapat sambutan orang ramai.

"Antaranya kesukaran pelanggan meletakkan kenderaan kerana kekurangan petak parkir menyebabkan orang ramai tidak mahu datang ke kawasan ini.

"Selain itu, medan selera ini juga tidak ditambah baik, sebab itu saya berharap pihak berkuasa tempatan mengkaji semula keputusan berkenaan," katanya.

Ketika ini, terdapat lebih 700 gerai milik MPSP yang majoritinya disewa peniaga Melayu dengan kadar bulanan yang dikenakan antara RM60 hingga RM120 bergantung kepada keluasan tapak dan tempat membabitkan 27 kawasan dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Walau bagaimanapun, jumlah gerai itu tidak termasuk gerai MPSP di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS) yang turut terlibat dengan kenaikan harga sewa.
Sementara itu, jurucakap MPSP ketika dihubungi tidak menafikan akan berlaku kenaikan sewa premis tersebut.

Katanya, perkara itu akan dimaklumkan Yang Dipertua MPSP, Maimumah Mohd. Sharif dalam sidang akhbar yang dijangka diadakan pada hujung bulan ini



4 Responses

  1. Anonymous says:

    INI LAH CARA NYA MEMBUNUH KAUM BUMI PUTERA MELAYU DAN BUMI PUTERA LAIN SUPAYA MENINGALKAN PULAU PINANG..SILENT KELLER .... iNGAT L AH !! KAUM MELAYU DAN BUMIPUTRA SINGAPURA MENJADI CONTOH... OTAK ORANG MELAYU JANGAN SIMPAN KAT KEPALA LUTUT!!!

  2. Anonymous says:

    Cina tipu melayu mmg wa tak heran....tp wa lagi heran kalau melayu tipu melayu. Bila kalah mula ckp mcm2,masa menang hampala pelingkup melayu.
    Apa hampa buat masa hampa perintah..org tak mai mkan pasai x sedap.Kalu sedap dok dlm hutan pon orang pi.

  3. Adeline says:

    Apa kau oh....Hampeh....Malay benda pun ada yng Kurang bagus....Cina pun ada gak...Manalah ada benda yng Perfect....:( Tak bagus buat gitu a!

  4. Anonymous says:

    Apalah kamu ne.....Yng benda Melayu ada yang X baik,Cina pun sama tau...!!Jadi benda ini HAMPEH! Kalau sya cakap benda melayu X Baik, Camner awak semua fikir?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.