..

..

BIRO KEBAJIKAN MAHU AHLI & PEMIMPIN BAHAGIAN SALUR MAKLUMAT RAKYAT MISKIN @AzeezPutera @NajibRazak

on Sunday, June 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pemimpin bawahan serta ahli UMNO di peringkat akar umbi diminta menjadi mata dan telinga kepada parti bagi mengesan dan menyalurkan maklumat awal mengenai golongan miskin yang memerlukan bantuan di seluruh negara.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya sedang melaksanakan program jelajah ke seluruh pelosok negara termasuk kawasan kubu kuat pembangkang bagi menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Program itu, katanya, bersifat serampang dua mata kerana pada masa yang sama, pihak biro juga giat mengumpulkan maklumat mengenai keperluan dan kemahuan rakyat di sesuatu kawasan tanpa mengira latar belakang serta fahaman politik.

"Input-input yang kita dapat ini saya akan bawa balik untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) tentang kawasan ini, Parlimen ini keadaannya macam ini dan bagaimana kita patut bantu masyarakat.

"Bagi menjayakan program ini, kita amat memerlukan penglibatan semua pihak di peringkat akar umbi untuk menjadi mata dan telinga. Kalau ada maklumat tentang orang susah atau masalah di tempat masing-masing, cepat-cepat beritahu ketua bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Kampung Tikat dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman.
Di samping beramah mesra bersama penduduk Kampung Tikat, Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum itu meluangkan masa menziarahi 11 keluarga yang hidup daif di sekitar kawasan Parlimen tersebut.
Beliau dalam pada itu berkata, selain dibentangkan kepada pucuk pimpinan tertinggi UMNO, maklumat yang dikumpul tersebut juga akan disalurkan kepada kementerian-kementerian berkaitan untuk tindakan susulan.



One Response

  1. Link me . Please =D
    http://sberrypurple.blogspot.com/
    Thanks ~

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.