..

..

AKHIRNYA PEMIMPIN PKR SENDIRI AKUI PARTI MEREKA AMAL RASUAH CAMPAK DUIT !!

on Sunday, June 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli PKR yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai 'Chegubard', telah memfailkan aduan bertulis kepada pihak parti itu berkaitan rasuah yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi dan lembaga rayuan pemilihan parti itu.

Dalam surat yang bertarikh hari ini dan dilihat oleh Malaysiakini, Badrul Hisham membangkitkan satu tuduhan yang telah tersebar luas di internet sejak dua minggu lalu.

Tuduhan itu mendakwa bahawa pengerusi lembaga rayuan pemilihan parti, Abd Malek Hussin (kiri) telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".

Badrul Hisham juga berkata, berdasarkan khabar angin, "bos" itu boleh jadi Timbalan Presiden Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya menentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Badrul Hisham menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasatnya.


Dalam surat itu, Badrul Hisham berkata khabar angin itu mendakwa
Abd Malek telah mencampak "sejumlah wang" kepada Dr Xavier (kanan) dan berkata, "Berikan semula wang ini kepada ketua kamu".

Ketika dihubungi, Badrul Hisham, yang digantung keahliannya kerana secara terbuka mendakwa pemilihan parti itu kotor dan tidak telus, berkata adalah penting bagi mereka yang didakwa terlibat memperjelaskan perkara tersebut.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti berkata Abd Malek "mencampak wang itu" di hadapan Wan Azizah dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat biro politik PKR dua minggu lalu.

Ketika dihubungi, Abd Malek enggan mengulas mengenainya.

Bagaimanapun, Dr Xavier menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.
-malaysiakini-



***mereka menuduh BN & UMNO bermacam-macam tuduhan seperti rasuah ,penyelewengan kononnya parti mereka paling suci dan bersih . 

Akhirnya mereka sendiri mengaku parti mereka amal RASUAH & main campak duit je ..





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.