..

..

AHLI PAS TERPENGARUH AJARAN SALAH MUDAH TERBABIT JIHAD DI NEGARA BERGOLAK

on Saturday, June 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Jihad mengikut tafsiran sempit serta tidak menepati kehendak agama, bukan hanya mengundang risiko kepada diri sendiri, malah memberi imej buruk kepada negara.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam jihad yang tidak menepati erti kata sebenar, hanya akan dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa yang melihat negara ini sebagai hab keganasan global.

"Bila perang di Afghanistan, kita pergi Afghanistan, bila perang di Iraq, rakyat kita pergi ke Iraq, jadi masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ini sebagai hab dan pengeksport keganasan militan Islam.



"Ini sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya kepada umat Islam di Malaysia dan pandangan dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Cabaran Institusi Agama' terbitan BernamaTV di sini, semalam.


Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, diminta mengulas penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria.



Baru-baru ini didakwa bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.




Zamihan berkata penyertaan rakyat negara ini dalam aktiviti berkenaan turut memberi kesan negatif kepada keluarga yang trauma apabila dikejutkan dengan berita penglibatan anggota keluarga mereka.



"Bila identiti mereka dipaparkan dalam media, keluarga mereka akan terkejut dan sebahagiannya akan trauma, sebab sebahagian besar yang pergi berperang itu, saya yakin tidak berterus terang kepada keluarga mereka.

"Ia juga akan memberi tekanan kepada waris atau keluarga apabila media melaporkan tentang kecederaan, peperangan atau kemalangan jiwa yang berlaku ke atas anggota keluarga mereka," katanya.
Zamihan berkata kerajaan perlu terus mengawasi pergerakan kumpulan Syiah di negara ini kerana yakin mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Syiah di luar negara termasuk Hizbullah di Lubnan.
"Hizbullah juga terlibat dengan perang saudara di Syria bagi membela hak-hak saudara Syiah di pihak kerajaan Bashar Al-Asad. Dan kebanyakan mereka (kumpulanSyiah) ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. - Bernama


One Response

  1. Anonymous says:

    Jgn cepat buat andaian dan melatah krn kita tidak tau motif sebenar berjihad ahli PAS ni ...

    Adakah ianya utk mendapatkan pengalaman bagi merangka strategi utk melancarkan jihad di Malaysia pulak, siapa tau ... maklumlah pada tafsiran org2 PAS kerajaan UMNO/BN zalim dan 'wajib' dihapuskan ... kafir cina DAP tu lebih baik dari org2 Melayu UMNO pd PAS ...

    Tapi apa2 pun PAS pandai, siang2 lagi dah kata yg ber'jihad' tu bukan ahli PAS lagi. Kalau dorang balik lancar jihad kat Malaysia pulak, PAS dgn selamba boleh kata takde kaitan dgn mrk ...

    Kita kena berwaspada ke atau sekadar bersangka baik aje? Apa yg berlaku dulu dah ada contoh ... jgn berulang sudahlah ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.