..

..

7 PUNCA KEKALAHAN CALON EKSPERIMEN DAP DYANA #PRKTelukIntan

on Sunday, June 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




1. Calon DAP telah mengguris perasaan umat Islam khususnya pengundi Islam di Teluk Intan apabila awal-awal menolak Hukum Hudud dengan tanpa berlapik malah berterus-terang. Akibatnya, kepimpinan PAS tidak dapat mempertahankan Calon DAP itu, sebaliknya kepimpinan PAS berada dalam situasi sukar. 

2. Calon DAP juga mempunyai penglibatan yang lama dengan pertubuhan PERKASA yang tidak disukai oleh pengundi Cina sama ada dalam DAP ataupun di luar DAP. Calon DAP gagal meyakinkan mereka bahawa dia benar-benar sudah putus hubungan dengan PERKASA.

3. Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.



4. Sebaliknya pasukan BN kelihatan bersatu hati. Baik daripada mana parti pun UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lainnya tidak ada membantah calon BN sebaliknya bekerja bersama-sama bersungguh-sungguh untuk memenangi PRK Teluk Intan. Tidak ada timbul cerita memboikot calon, malah perpaduan pasukan BN di Teluk Intan terserlah dengan jelas. Calon BN di Teluk Intan lebih berkaliber jika dilihat daripada aspek pengalaman dalam kerajaan, parti dan umur. Ianya lebih meyakinkan penduduk Teluk Intan berbanding Calon DAP.

5. Sebaliknya dalam kem DAP, diketahui dari awal adanya perasaan tidak puashati oleh pemimpin DAP tempatan yang tidak dipilih. Begitu juga komponen PR khususnya PAS berada dalam keadaan sangat sukar untuk membantu Calon DAP, malah PKR juga tidak nampak kesungguhan mereka membantu calon DAP ini. Saya melihat Calon DAP ini kelihatannya lebih bersendirian yang hanya dibantu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng anak-beranak.

6. Lim Kit Siang terlalu yakin (over confident) akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dengan membawa orang luar Teluk Intan sebaliknya pemimpin DAP Teluk Intan dinafikan. Nampaknya taktik mengumpul orang ramai di hari-hari terakhir ceramah (grand final) bukan lagi petunjuk untuk bermegah-megah. Ternyata kehadiran ramai orang adalah dari penyokong luar Teluk Intan, bukannya pengundi Teluk Intan. Sebaliknya pasukan BN memberi fokus kepada pengundi-pengundi dalam kumpulan yang kecil, bertemu walaupun satu orang pengundi, nampaknya ianya lebih berkesan.

7. BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberi advantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar. 


sumber


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Semua akhbar mengulas kemenagan BN di muka depan kecuali The Star yang hanya mengulas di mukasurat 8.Sewaktu PRK Gelugor, The Star mengulas kekalahan BN di muka depan.Di muka depan The Star hari ini adalah berkenaan pertemuan Najib dengan PM China. Inilah bukti The Star dan MCA adalah musuh dalam selimut yang ingin melihat BN berkubur dan dikuasai cina sebab itu mereka tidak gembira bila BN menang di Teluk Intan. Dan ini menunjukkan kebodohan PM kita serta thin-thank mereka yang dibayar dengan gaji mahal.

  2. Anonymous says:

    Mari kita bungkus kan star......no glc advertisement dalam lidah dap tu. Ezam tolong instruct khazanah.........

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.