..

..

VIDEO : GADUH & HARU BIRU PEMILIHAN SERLAHKAN WAJAH SEBENAR PKR

on Monday, May 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Bayangkan pemilihan di 12 yakni di lebih separuh dari 22 bahagian atau disebut 'cabang' PKR di Selangor pada hari Ahad terpaksa dibatalkan kerana macam-macam hal yang tidak beres dalam proses pengundian.
Ia diselubungi oleh kekecohan ,pertengkaran serta pergeseran dikalangan ahli parti itu,penyokong dan mereka yang bertanding.
Malu memang memalukan...lebih-lebih lagi bagi parti yang gah mengunakan perkataan 'Keadilan'.
Juga siapa boleh lupa bagaimana kalangan pimpinan parti itu melalak sakan mempertikaikan dan mendakwa macam-macam terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam pengurusan pilihanraya.
Ibarat meludah ke muka sendiri...disebalik cuba memperlekehkan SPR...pemilihan parti PKR sendiri tidak terurus dan haru biru.
Ini bukan pertama kali.Pada pemilihan musim lalu pun sudah ada kerusi terbang,pergaduhan dan sebagainya.
Difahamkan selain  Kuala Selangor yang merupakan kawasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, pemilihan yang dibatalkan membabitkan cabang Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.
Pembatalan pemilihan bahagian Kuala Selangor diumumkan oleh wakil petugas pemilihan cabang itu pada 1.45 tengah hari selepas beberapa anggota parti membuat bantahan berhubung cara ia dikendalikan selain terdapat dakwaan ada wakil calon menandakan kertas undi yang sepatutnya ditanda pengundi sendiri.
Situasi sama turut berlaku di PKR bahagian Kota Raja apabila pemilihannya terpaksa dibatalkan ketika proses pengundian apabila sekumpulan lelaki bertindak merampas peti undi dan melemparkannya ke lantai dewan pusat pengundian di Dewan Kompleks Sukan MPK.
Pembatalan pemilihan cabang itu diumumkan oleh wakil jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) parti, Nadarajan K. Raju kira-kira 4.30 petang ini atas alasan peti undi dipecahkan.
Selain itu, pemilihan PKR bahagian Klang juga turut dibatalkan apabila tiga calon jawatan ketua cabang berkenaan iaitu P. Krishnasamy, Zudin Asrmad dan Arahyah Ibrahim sepakat memboikot proses pemilihan itu yang didakwa tidak telus.
Mereka mendakwa wujudnya pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mensabotaj proses pemilihan parti itu di cabang Klang dengan menukarkan senarai calon yang diberikan kepada para pengundi.
Ekoran dakwaan itu, ketiga-tiga calon berkenaan menggesa pemilihan cabang itu dibatalkan sebelum ia diumumkan secara rasmi oleh wakil JPP kira-kira 2.30 petang ini.
Selain itu, pemilihan bahagian Sabak Bernam dan Sungai Besar turut dibatalkan masing-masing pada 1 tengah hari dan 3 petang tadi berikutan anggota parti cabang itu tidak berpuas hati dengan proses pemilihan yang didakwa tidak telus serta wujud unsur penipuan.
Pada masa sama, pemilihan PKR bagi bahagian Subang, Sepang, Selayang, Hulu Selangor, Kapar dan Hulu Langat turut dibatalkan atas alasan yang sama.
Dalam pada itu, pemilihan PKR bahagian Shah Alam dibatalkan kira-kira 6 petang ini atas dakwaan proses pemilihan lemah selain wujud kertas-kertas undi yang dipinda.
Rata-rata penyokong calon yang bertanding serta pengundi menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui ada segelintir pengundi yang mengundi sebanyak dua kali, malah terdapat calon ketua cabang yang berkempen di kawasan larangan.
Sebelum itu, calon Ketua bahagian PKR Shah Alam Rodziah Ismail dilaporkan mencetuskan rasa tidak puas hati para penyokong lawannya, Yaakop Sapari apabila didakwa berkempen di kawasan larangan serta meraih undi ketika proses pemilihan sedang berlangsung.

Dalam perkembangan lain, kekecohan berlaku ketika proses pemilihan PKR bahagian Kuala Langat apabila sekumpulan lelaki dipercayai anggota parti berang dan mencetuskan kekecohan berikutan tidak puas hati terhadap proses pengundian pemilihan cabang itu di Dewan Wawasan Batu 9, Telok Panglima Garang, lima minit sebelum pusat pengundian ditutup pada 5 petang ini.
Mereka mendakwa proses pengundian bahagian berkenaan tidak telus dan bertindak memecahkan sebahagian daripada tujuh peti undi di pusat pengundian tersebut selain cuba mengasari anggota parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga calon ketua bahagian serta beberapa petugas di pusat pengundian.
Bagaimanapun, pemilihan bahagian berkenaan tidak dibatalkan sebaliknya kesemua peti undi dihantar ke Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya untuk proses pengiraan.- agenda daily -








.









Komen GPB 

Apa komen Ketua Umum parti jalanan PKR  iaitu  Anwar mengenai pemilihan gila babi ini ??

Seperti biasa je nanti ,  ini semua kerja buat UMNO & Barisan Nasional ....hahaha.




3 Responses

  1. Anonymous says:

    Parti Kecoh Riuh. Allah dah balikkan ape tuduhan mereka. Alhamdulillah.

  2. Anonymous says:

    Parti Kerusi Retak. Apende.......

  3. Anonymous says:

    Parti Kerusi Retak. Apende........

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.