..

..

TUDUH UMNO PUNCA KEKECOHAN PEMILIHAN PKR NIBONG TEBAL ADALAH FITNAH ! @dzainalabidin

on Thursday, May 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





 1. Kehadiran pada Pemilihan PKR kali ini amat kecil peratusnya berbanding jumlah ahli PKR.

Cabang Permatang Pauh, di mana Ketua Umum dan Presiden adalah dari Cabang yang sama, hanya 240 orang ahli terlibat dengan pemilihan walaupun bilangan ahlinya 6900 orang. Dari segi peratusan kehadiran hanya 4% sahaja. Perkembangan ini menunjukkan bahawa ahli-ahli PKR sudah kurang minat untuk turut serta dalam pemilihan PKR.

 2. Terdapat banyak kecelaruan, seperti senarai ahli yang meragukan digunakan dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang, membawa kepada kekecohan dan pergaduhan semasa proses pengundian. Ini menggambarkan kelemahan pentadbiran PKR dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR yang menguruskan pemilihan parti PKR.

Di seluruh negara, sebanyak 17 Cabang perlu mengadakan semula pemilihan; salah satunya Cabang Nibong Tebal di Pulau Pinang. Untuk menguruskan sebuah parti yang kecil pun mereka gagal, bagaimana mereka nak mengurus dan mentadbir negara?

 3. Kegagalan beberapa pimpinan Melayu utama PKR Negeri Pulau Pinang dalam merebut atau mempertahan jawatan Ketua Cabang turut menimbulkan tanda tanya samada proses penyingkiran pemimpin Melayu sedang berlaku dalam PKR.

YB Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Bayan Baru kepada AP Bayan Baru manakala YB Dato Abdul Malik Kassim, seorang Exco Kerajaan Negeri yang menjadi Ketua Cabang Tanjong selama 15 tahun kepada seorang Ahli Majlis MPPP. 

4. PKR sebenarnya tidak layak mempertikaikan kemampuan dan keupayaan SPR dalam menguruskan pilihanraya umum atau pilihanraya kecil apabila jelas terbukti Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR sendiri gagal menguruskan pemilihan parti PKR yang melibatkan jumlah pengundi yang jauh lebih kecil dalam pemilihan parti mereka.

 5. Terdapat suara-suara sumbang yang menuduh UMNO terlibat dalam kekecohan yang berlaku semasa pemilihan PKR di Nibong Tebal. Tuduhan ini adalah semata-mata fitnah, tuduhan tidak berasas dan berniat jahat untuk menutup masalah dalaman, pertembungan sengit kumpulan-kumpulan yang bertanding dan kelemahan pentadbiran parti PKR sendiri. Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang saya menafikan penglibatan UMNO dalam mana-mana kekecohan yang berlaku semasa pemilihan Cabang-cabang PKR di Pulau Pinang.

 6. PKR sebenarnya adalah sebuah parti yang dianggotai oleh manusia-manusia yang kecewa kerana cita-cita politik peribadi tidak kesampaian.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin PKR dan penyokong-penyokongnya adalah mereka yang kecewa kerana tidak mendapat tempat dan jawatan atau memperoleh kepentingan peribadi semasa di dalam UMNO. Rakyat seharusnya sedar dan menolak pemimpin dan parti politik seperti PKR.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Apa lagi UMNO samanlah jika benar tuduhannya .......

  2. Pitam Sink says:

    PGayR adalah sebuah parti penuh kroni, gila kuasa, gila pangkat, gila liwat, gila aiskrim perisa coklat, gila harta, gila jantan, gila betina, gila nak jadi PM, gila duit, gila fitnah & beribu-ribu gila lagi.. sebab itu le ramai pemimpin2 kanannya dah lama cabut meninggalkan parti busuk ini.. kah kah kah kiok!

  3. Anonymous says:

    Bila menang mahkamah adil,telus.Bila kalah hakim berat sebelah.bila keputusan spr memihak pada PR, spr telus,bila yg tidak elok salah BN/UMNO.Inilah yg dikatakan Parti Kencing Rakyat.

  4. Anonymous says:

    Bila menang mahkamah adil,telus.Bila kalah hakim berat sebelah.bila keputusan spr memihak pada PR, spr telus,bila yg tidak elok salah BN/UMNO.Inilah yg dikatakan Parti Kencing Rakyat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.