..

..

TERKINI !! 58.36 % PERATUSAN KELUAR MENGUNDI ,PENGUNDI BANDAR LEBIH RAMAI KELUAR #PRKTelukIntan

on Saturday, May 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan masih rendah apabila hanya 58.36 peratus atau 34,974 daripada 59,927 pengundi dicatatkan setakat 3 petang tadi.

Trend pengundian petang ini menyaksikan peratusan keluar mengundi yang direkodkan setiap jam merosot, berbanding situasi di sebelah pagi.

Sejak 12 tengah hari, jumlah peratus keluar mengundi yang direkodkan hanya menunjukkan peningkatan kira-kira enam peratus bagi setiap jam, berbanding kira-kira 10 peratus bagi setiap jam sejak pukul 8 pagi.

Tinjauan Bernama juga mendapati lebih ramai pengundi di kawasan bandar yang keluar menunaikan tanggungjawab berbanding di kawasan kampung dan estet.

Sebanyak 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.



***JIKA PENGUNDI BANDAR KELUAR LEBIH RAMAI DI PRK TELUK INTAN , BERMAKNA IA MEMBERI KELEBIHAN KEPADA DAP KERANA PENGUNDI ITU ADALAH CINA ...  KALAU BN MAHU MENANG, PENGUNDI MELAYU DAN INDIA PERLU DIBAWA SERAMAI MUNGKIN KE TEMPAT MENGUNDI ..


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.