..

..

TERIMA KASIH AHMAD SAID KEMBALI SEMULA KEPADA PARTI KERAMAT UMNO

on Wednesday, May 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Bangsa Melayu memang bangsa yang  bijak berdiplomasi dan juga mempunyai sikap toleransi cukup tinggi  .

Ini terbukti bila mana krisis politik Terengganu akhirnya berjaya diselesaikan hanya melalui  rundingan  dan akhirnya semua Adun  termasuk Ahmad Said kembali semula ke pangkuan  UMNO.

Tak perlu Pilihanraya Negeri malah tak perlu juga  PAS bermimpi nak dapat free memerintah Terengganu..

Marah  itu sekejap sahaja bila mana kepentingan parti dan rakyat telah mereka sedar lebih utama .

Terima kepada semua yang berjaya menyelesaikan kemelut krisis politik ini .

Jadikan ini sebagai satu pengajaran di masa akan datang.

GPB secara rasmi menarik balik gelaran Si Kitol kepada Mat Said kerana anda telah sedar & kembali kepada parti keramat UMNO ..




Pergolakan yang dialami oleh kerajaan negeri Terengganu susulan perletakan jawatan Ahmad Said dari jawatan Menteri Besar dan perlantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baru kini dilihat sudah selesai.

 Sebentar tadi telah berlangsung satu sidang media tergempar susulan pergolakan yang terjadi di Terengganu sehingga Ahmad Said dan beberapa Adun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO.

 Dalam sidang media tersebut,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang beliau telah memberitahu bahawa Ahmad Said telah kembali semula kepada UMNO kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan turut menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku.

 Pendirian Ahmad Said ini seharusnya dipuji kerana mengambil kira aspek kepentingan parti dan juga rakyat Terengganu secara khususnya dari terus diheret kedalam kemelut ini yang dilihat boleh menggugat sosio politik di negeri tersebut jika perkara ini terus berlarutan.

 Pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri kerana bijak mencari penyelesaian dalam permasalahan ini kerana semua sudah maklum bahawa pihak pembangkang dilihat sudah bersedia untuk mengambil kesempatan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secaar berhemah .

 Sementara itu,Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong turut menemui Perdana Menteri sebentar tadi. 

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.-SUMBER -


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Yes !!!!!! MB baru ......mudah nak sekau $$$$$$$$$$$$

  2. Anonymous says:

    Belum selesai...baru nak mula episod Mat Said..

  3. Anonymous says:

    Kepada yg komen kat atas tu....tahniah, anda dah berjaya menambah berat timbangan dosa anda....fitnah satu dasa, n jika ada yg membaca n memanjangkn fitnah anda, anda akn dapat bonus dosa juga. Buktikn dulu bru berkata2....Klau x pasti lbih baik diam....

  4. Anonymous says:

    Mb mana yg tak sekau duit bang...bg contoh sikit...selangor, penang xsekau duit ke? Bohonglah klu xsekau duit, itu bkn politician namanya....ada lg hebat gaji seringgit tp claim beratus ribu..itu insan plg mulia tu yg claim mcm tu...so klu nak ckp politician xcekau duit itu bohong sangat namanya..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.