..

..

RAMKARPAL SEDIA TANDING BUKTI BUKIT GELUGOR BAKAL DIKUASAI DINASTI KARPAL

on Wednesday, May 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Seperti dijangka , kerabat dinasti Karpal akan terus mahu berkuasa di Bukit Gelugor .  Hari ini anak lelakinya Ramkarpal bersedia untuk dicalonkan sebagai calon DAP untuk parlimen ini .

Nampaknya  teori letak lah sesiapa pun dari kerabat Karpal ,  kaum Cina di parlimen itu akan tetap mengundi  calon DAP ternyata semakin tepat .



Anak ketiga mendiang Karpal Singh, Ramkarpal Singh bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pada 25 Mei ini. Peguam kelahiran Pulau Pinang berusia 38 tahun itu mengesahkan namanya antara calon yang disenarai pendekkan. 

Bagaimanapun, katanya terserah kepada DAP untuk membuat keputusan. "Saya bersedia untuk itu (PRK) dan telah memaklumkan kepada mereka (DAP) jadi saya serahkan keputusan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati Karpal Singh di Sekolah Tinggi Han Chiang, di sini malam tadi. 

 Mengenai sama ada kakaknya, Sangeet Kaur Deo merupakan antara calon terpilih, Ramkarpal berkata kakaknya tidak disenaraikan dan ia telah disalah laporkan sambil menambah pengumuman calon akan dilakukan pada Rabu. 

 Ditanya sama ada Karpal Singh secara peribadi meminta beliau untuk menyertai politik, Ramkarpal berkata bapanya ada membayangkan perkara itu kepada abang-abangnya dan beberapa yang lain, namun tidak secara peribadi kepadanya. 

 Karpal Singh, dalam biografi pertama bertajuk 'Karpal Singh-Tiger of Jelutong' telah mencalonkan anaknya Ramkarpal untuk menggantikan beliau sekiranya kehilangan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan. 

 Ditanya sama ada beliau berminat menyertai politik, Ramkarpal berkata: "Secara tidak langsung, saya terlibat dalam politik sepanjang hidup saya. Minat itu hanya dikembangkan sejak beberapa tahun,". 

Ramkarpal, yang secara rasmi menyertai DAP tahun ini, bercakap buat pertama kalinya di khalayak umum semasa kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan Karpal Singh berada disisinya, di Sekolah Tinggi Han Chiang. 

 PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh (DAP) dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 21 Mei dan hari mengundi pada 25 Mei. Mendiang Karpal Singh, yang juga bekas pengerusi DAP, memenangi kerusi itu pada PRU 2013 dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon BN Teh Beng Yeam, yang memperoleh 13,597 undi. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.