..

..

PENGUNDI MELAYU SUNGAI GELUGOR DEDAH DAP HANYA TURUN BILA MUSIM PILIHANRAYA

on Tuesday, May 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



GEORGETOWN: Penduduk Sungai Gelugor yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu kecewa terhadap pentadbiran kerajaan negeri kerana didakwa gagal menyediakan rumah mampu milik dengan harga yang lebih rendah.

Seorang penduduk, Mohd Tahir Marikan, 73, berkata, ini kerana kebanyakan rumah yang dibina di kawasan pesisir pantai dekat Sungai Gelugor mampu mencecah harga sehingga jutaan ringgit.

"Bayangkan harga sebuah pangsapuri bermula dari RM600,000. Jadi kebanyakan orang Melayu di sini tidak mampu memiliki rumah sendiri disebabkan harga  yang terlampau tinggi," katanya ketika ditemui mStar Online di Kampung Sungai Gelugor di sini, Ahad.

Mohd Tahir yang juga bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, beliau turut bimbang jika lot tanah yang didiaminya sekarang akan 'hilang' pada  masa hadapan kerana dibina perumahan mewah.

"Sekarang kebanyakan orang Melayu di sini sudah mula kehilangan lot tanah masing-masing sama ada dijual kepada individu yang ingin mengaut keuntungan semata-mata.

"Selagi saya masih hidup saya akan tetap mempertahankan tanah yang saya diami sejak era 60-an lagi.  Saya percaya seramai 600 penduduk asal di kampung turut bersependapat seperti saya," katanya.

Seorang lagi penduduk, Salleh Ahmad, 62, mendakwa masyarakat Melayu di sini sering dianak-tirikan berbanding kawasan lain di dalam Parlimen Bukit Gelugor.

"Sebelum ini, calon rakyat yang bertanding hanya akan datang bertemu penduduk kampung apabila tiba musim Pilihan Raya Umum (PRU).

"Jika tidakpun dia hanya akan suruh wakilnya datang jumpa kami. Pada waktu itu calon akan berikan bantuan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh penduduk di sini," katanya.

Ketika ditanya mengenai calon DAP yang dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen itu iaitu Ramkarpal Singh Deo, Salleh berkata, beliau sudah meramalkan budaya politik kekeluargaan tetap akan menjadi amalan Pakatan Rakyat.

"Dahulu bapanya bertanding, kini anaknya pula. Inilah yang dinamakan politik kekeluarga yang sentiasa kita lihat dalam diri setiap pemimpin DAP. Legasi kekeluarga tetap diteruskan," katanya.

Jelas Salleh, walaupun Barisan Nasional (BN) dikatakan tidak menurunkan calonnya pada PRK ini,  beliau hanya akan memilih calon yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat di negeri.

"Di sini 95% penduduknya terdiri dari kaum Melayu dan penyokong BN. Memang susah DAP nak tawan hati penduduk di Sungai Gelugor," katanya yang juga pesara kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

PRK Bukit Gelugor bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan DAP akan ditentang empat lagi calon lain yang sudah mengesahkan turut bertanding.

Empat calon itu ialah ahli Pas Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63; Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan; wakil parti yang baharu dibentuk, Penang Front Party (PFP) dan calon bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Karpal memenangi kerusi itu dengan majoriti 41,778 undi selepas mendapat 55,839 undi menewaskan calon BN daripada MCA, Teh Beng Yeam (14,061 undi). 


3 Responses

  1. Unknown says:

    Pilihlah wakil yg dpt memberikan perkhidmatan yg terbaik untuk ANDA di Bukit Gelugor. Bukan untuksemasa kempen pilihanraya tetapi untuk berkhdmat satu penggal.

  2. Anonymous says:

    hahaah setakat ambik kenayataan mcm tu ..x payah ler ...depa still sokong wat penat aje pie interview ...tgk aje cam kajang ..pun kata mcm 2 ..last depa menang juga...malah melayu punya undi naik juga kat sesetengah PDM...

  3. Anonymous says:

    wahai umat islam pulau pinang terutama orang melayu....... ayohlah .... ambil kembali pulau pinang... udah ramai orang melayu dihalau dari pulau tersebut... mereka masukan orang cina kat sana agar orang cina berkuasa kat sana.... sedarlah wahai orang melayu islam....anda diperalatkan oleh orang cina..... nanti satu masa orang melayu akan lenyap di bumi pulau pinang... dan masa tu dah tak berguna lagi utk disesalkan..... saya cuma takut sampai masa azan dimasjid dan surau disana tidak lagi berkumandang pabila masuk waktu sembahyang.... jadilah kita macam yg ada di singapura......... pada masa tu...... berbagai bala allah akan turun kan seperti indonesia..... ayoh... bangunlah wahai kaum ku.... terutama kaum umat nabi muhammad s.a.w.... kekalkan pulau pinang ditangan melayu kembali....... aku merayu dgn nama allah.... allah hu akhbar......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.