..

..

PEMILIHAN MANIPULASI UNDI , PEMIMPIN PKR PATUT MALU LETAK JAWATAN @zulkiflinoordin

on Wednesday, May 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum ini sering melaung-laungkan tuntutan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan, dicabar meletak jawatan jika benar mereka bermaruah ekoran dakwaan wujud manipulasi undi sehingga mencetuskan kekecohan dalam pemilihan parti itu.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pemimpin PKR bermula daripada Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, R. Sivarasa dan Tian Chua patut malu dengan apa yang berlaku tetapi sikap membisu membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin.

Katanya, beliau pelik bagaimana pemimpin-pemimpin PKR yang sebelum ini lantang bersuara di Dewan Rakyat, malah sanggup turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya bersih telah mengunci mulut apabila melibatkan parti sendiri, sedangkan dakwaan manipulasi undi didedahkan Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

"Sebab itu saya tidak pelik sekiranya segala tohmahan yang dilemparkan PKR kepada SPR sebenarnya rancangan mereka sendiri bagi memburukkan institusi tersebut demi membangkitkan sentimen rakyat kerana dakwaan blackout berlaku dalam PKR ketika proses pengiraan undi di Cabang PKR Batang Sadong, Sarawak.

"Jadi saya cabar Anwar, Rafizi, Saifuddin Nasution, Sivarasa dan Tian Chua letak jawatan kerana jika membisu, bererti mereka sebenarnya merestui manipulasi undi. Saya juga cabar Datuk S. Ambiga (Pengerusi Bersih) pergi buat bantahan kepada PKR," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Proses pemilihan PKR di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula, antaranya di Pulau Pinang, melibatkan Cabang Nibong Tebal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan pengerusi negeri.

Insiden di Pulau Pinang tidak hanya terhenti di situ kerana di Cabang Balik Pulau pula, proses pengundian bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Di Sabah pula , tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh sehingga menjadi tidak terkawal menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR Cabang Tenom, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat serta pemilihan dibatalkan.

Hal sama berlaku di Perak apabila Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian bagi jawatan Ketua Cabang Lumut, manakala di Kedah, calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak pengundian semula.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa, siri kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR adalah kerana tidak wujud demokrasi tulen dalam parti tersebut kerana pemilihan pemimpin ditentukan Ketua Pembangkang menyebabkan calon bertanding tidak berpuas hati dengan perjalanan pengundian.

"Sebab itu kita lihat keadaan pemilihan PKR tetap sama. Kekecohan tetap berlaku walaupun telah banyak aduan dibuat kerana Anwar tidak serius untuk membetulkan keadaan. Apa yang mereka laung-laungkan tidak ubah seperti ayam jantan sahaja yang hanya pandai berkokok tetapi ekor sendiri bergelumang najis," katanya. 


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Saudara Zul....anda silap , anda tidak patut mengarah mereka semua utk resign...malah ambiga pun tak patut buat siasatan ketelusan undi pkr.... Saudara Zol...anda dah lama tinggalkan PKR... masa zaman anda tiada bende2 ni...zaman berubah. ..Kini baling2 kerusi, meja, kertas, maki hamun, penipuan dan mcm2 lg adalah sesuai dgn perlembagaan asas tubuh parti PKR... jgn risau .... ini semua dah trmaktub dlm perlembagaan pkr...dan bila salah nanti salahkan UBN...

  2. Anonymous says:

    ZUL..puak2 barua ni mana ada kemaluan...kalau tk diorang tk ikut la BABI tu...

  3. Anonymous says:

    Paku Pakis Paku Serpih,asyik nak menepis rupa2nya dia yang berlebih lebih...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.