..

..

PANAS ! PEMIMPIN UMNO BAHAGIAN DESAK KU NAN LETAK JAWATAN , GAGAL URUS KRISIS TERENGGANU !!

on Wednesday, May 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




 Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) perlu bertanggungjawab terhadap kemelut politik UMNO di Terengganu yang menyaksikan bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan keluar daripada parti dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.


Pandangan peribadi itu dilontarkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad yang mahu Tengku Adnan meletak jawatan kerana gagal menguruskan isu peralihan teraju kepemimpinan negeri itu secara baik sehingga mencetuskan kemelut berkenaan.



“Saya secara peribadi minta beliau (Tengku Adnan) letak jawatan, kerana bagi saya, beliau selaku delegasi (wakil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) telah gagal menguruskan isu terbabit. Kita tahu Datuk Seri (Ahmad) meminta ditangguhkan dahulu (peralihan kepemimpinan) kerana anaknya nak berkahwin. Apakah ini (alasan) tidak boleh diterima?

“Apa salahnya dilewatkan (tangguh peralihan). Ini sudah jadi kelam-kabut. Apabila isu ini tak ditangani secara bijaksana, yang buruknya nampak kepada UMNO," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas situasi terkini politik Terengganu dengan Ahmad mengumumkan keluar daripada UMNO diikuti ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud.
Mohamad Azli memberitahu, bekas Menteri Besar Terengganu itu seharusnya diberikan ruang yang 'selesa' untuk peralihan kepemimpinan.

“Bagi saya beliau (Ahmad) ada ‘hati perut’, cuma dalam keadaan marah, siapa tak marah, seolah-olah tidak berjasa.

Pucuk pimpinan tertinggi parti kena jumpa beliau semula. Kita (UMNO) parti yang berjiwa besar, apa salahnya turun, jumpa beliau dan saling memahami. Jadi kelam-kabut kalau masing-masing nak tunjuk ego," tambahnya.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    setuju

  2. Anonymous says:

    Dah lama dah patut resign.

  3. Anonymous says:

    Yang nak diturunkan mb ikutlah diplomasi. Dia dlantik Tuanku nsk minta dia resign ru ding baik2.

  4. Anonymous says:

    2ekor badak air ni patut di rendam je.....

  5. Cuba buang sikit sifat ego tu, dah lama boleh setel. Jawatan, pangkat, harta dan gelaran semua itu adalah hakmilik sementara sahaja. Anytime Allah boleh tarik balik. Ingat2lah. Buat kerja biarlah kerana Allah, jangan kerana pangkat, jawatan dan gelaran atau sebagainya.

  6. wan jamak says:

    " dah.. dia dah berenti dah.." kat dua ekor SU UMNO yg gemuk2 itu sambil tersengeh-sengeh pada wartawan apabila di tanya berkenaan isu mat said.

    takada hormat, tak ada adab langsung. patutnya semua yg keluar UMNO tu buat press conference mintak dua ekor ni turun, baru join balik UMNO.

    takada masalah keluar UMNO ni. jgn sampai sokong PAS sudahlah. Mahathir pun pernah keluar UMNO. ahmad zahid dulupun keluar UMNO jgk, la ni dah naib presiden. KU Li pun dulu keluar UMNO, tetap jadi raja gua musang. paling koman pun, jadi Ezam. boleh dapat JUSA B senang2.

    UMNO ni dia lagi sayang org yg kutuk dia , bukan org yg berpuluh tahun menyokong dia.

  7. Anonymous says:

    setuju setuju setuju

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.