..

..

PANAS ! KIT SIANG PULAK TERPALIT SKANDAL SELEWENG DUIT SEKOLAH CINA !!

on Friday, May 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






"Kit Siang bukan tokong atau tuhan, dia pun kelabu mata jika tengok duit     "... itu lah kata-kata terbaik untuk pemimpin agong pujaan  chauvinis DAP ini . Dulu ahli-ahli DAP tak berani mempersoal atau membuat aduan mengenai penyelewengan dilakukan Kit Siang  kerana takut disaman , kali ini ia sudah berubah .

Selepas Teresa, kini ahli DAP membuat laporan polis & juga menyusul kepada  SPRM berikutan skandal menyalahguna duit sumbangan orang awam untuk sekolah CIna serta Dana Pendidikan Tinggi DAP . 

DAP sentiasa melaungkan slogan mereka   telus , bersih rasuah dan  akautabliti tetapi ternyata ada satu pembohongan !!    

Mereka sebenarnya adalah pemimpin   rakus mentekadarah duit sumbangan bangsanya sendiri  untuk kepentingan diri  .

 Syabas kepada mereka yang berani   mendedahkan tembelang sebenar penyelewengan  keluarga Dinasti LIM  !!!



- Bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini membuat satu laporan polis ke atas Pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang didakwa menyalahguna duit sumbangan awam demi kepentingannya sendiri.

Chee Chong mendakwa, terdapat beberapa ahli DAP datang mengemukakan aduan terhadap Kit Siang namun terlalu takut untuk menyuarakan  aduan mereka kerana bimbang akan disaman oleh Pemimpin DAP itu sendiri.

"Kami tak mahu buat tuduhan melulu, nanti DAP kata kami fitnah mereka (DAP), jadi kami buat laporan polis dulu, kemudian kami akan bawa kes ini ke SPRM untuk disiasat."

"Jika wang tersebut telah diaudit, kemukakaan bukti bahawa ianya diaudit, tak perlu takut apa-apa jika tak bersalah, jawab sahaja siasatan SPRM nanti," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Sri Petaling, hari ini.

Beliau dalam pada itu menyeru Kit Siang supaya lebih bersifat telus dalam menjawab isu yang akan dibangkitkan SPRM.


Antara dakwaan yang dikemukakan terhadap Kit Siang ialah peruntukan wang bantuan sebanyak RM 1000 setiap bulan yang dijanjikan oleh beliau ke atas setiap sekolah cina dan sehingga kini dilaporkan tidak ada mana-mana sekolah menerima  wang bantuan yang dinyatakan.

Kit Siang juga didakwa menyeleweng Dana Pendidikan Tinggi DAP yang dianggarkan bernilai RM 200,000 dan menggunakan wang dari dana tersebut untuk kepentingan diri dan pembiayaan pembelajaran anaknya ke luar negara.

Dalam pada itu menurut Ramesh, pihaknya sudah mengumpul enam saksi bagi membuktikan dakwaan terhadap Kit Siang dan mereka juga telah memberikan perlindungan kepada saksi dari diugut atau disaman oleh Kit Siang.

Beliau turut menggesa Kit Siang melepaskan jawatannya sebagai Penasihat DAP jika beliau benar menyeleweng wang dan dana yang sepatutnya disalurkan kepada masyarakat.

"Jika SPRM dapat buktikan dia (Kit Siang) bersalah, dia patut berundur secara terhormat, jangan malukan parti sendiri," katanya lagi.

Menjelang minggu depan, satu laporan rasmi akan dihantar ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat segala dakwaan ke atas Kit Siang.


One Response

  1. Anonymous says:

    Lim Kit Sial bukan Tokong tapi Polong...

    Melayu DAP Pembelot dan Melayu Socai Pembangkang penghisap peler nya adalah Jerangkong..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.