..

..

ORANG MELAYU TELUK INTAN JANGAN DITIPU CALON WINDOW DRESSING DAP - TUN M

on Tuesday, May 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang mewakili DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan disifatkan sebagai calon ‘window dressing’.

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu tidak sepatutnya terus ditipu dan diperangkap oleh pembangkang yang menampilkan Dyana Sofya, 27, dalam PRK tersebut. “

Beliau (Dyana Sofya) hanyalah calon ‘window dressing’, bukan ada harapan apa tapi kalau dia menang dia menanglah.

Orang Melayu akan sokong kerana mereka mudah kena tipu, ramai dah orang Melayu kena tipu. Yang ini (Dyana Sofya) anak orang UMNO. “Kalau anak orang Pas dia tidak jadi, dari kecil mereka diajar suruh benci UMNO, dia disuruh pijak gambar saya tapi anak orang UMNO dia tidak disuruh masuk UMNO tak diajar pasal UMNO tak cakap sejarah UMNO bila dah besar dia bebaslah," katanya.

 Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Chancellor Talk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Dewan UTeM, Durian Tunggal, di sini hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

 Ketika ditanya mengapa Barisan Nasional (BN) tidak menyenaraikan calon muda dalam PRK Parlimen Teluk Intan, Dr. Mahathir dengan sinis menjawab: “Kalau BN nak letak calon muda, kita kena cari calon ‘window dressing’, kita buat cantik-cantik biar orang nampak menarik sikit".


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.