..

..

NOTIS SAMAN UNTUK FITNAH MALAYSIAKINI , INI YANG SEPATUTNYA UMNO BUAT !! @NajibRazak

on Saturday, May 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Semakin hari semakin melampau fitnah jahat Malaysiakini .. 

isu krisis Terengganu menjadi medan  mereka memfitnah dan menimbulkan persepsi negatif  rakyat  terhadap PM dan UMNO hingga membuat dakwaan  berapa jumlah duit Najib belanja untuk menyelamatkan negeri Terengganu .

Notis saman ini memang tepat dan wajib untuk UMNO berdepan dengan puak2 ini bagi membersihkan imej parti terutaman PM. 



Satu notis tuntutan saman dihantar kepada kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini, di atas penerbitan artikel yang berunsur fitnah terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Peguambela dan Peguamcara Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Ia berkiatan penerbitan artikel yang bertajuk A Case Of The PM Reaping What He Sows dan How Much Will Najib Spend To Keep Terengganu.

Peguambela Raihanah Ariffin, notis tuntutan saman tersebut telah dihantar ke pejabat operasi Malaysiakini yang bertempat di Jalan Bangsar Utama petang Khamis.

“MKINI DOTCOM Sdn Bhd melalui portal beritanya, Malaysiakini secara sedar telah mengumpul dan memilih komen-komen yang berunsur fitnah dan hasutan yang jelas menunjukkan niat jahat terhadap anakguam kami dan telah diterbitkan di laman web tersebut bertarikh 14 Mei 2014 baru-baru ini.

“Biarpun pada awalnya wakil daripada portal berita tersebut berkeras tidak mahu menerima notis tersebut, namun akhirnya mereka akur dan menerimanya,” jelasnya dipetik dari umno-online.

Kata Raihanah, notis tuntutan itu menuntut portal tersebut untuk membuat permohonan maaf, penarikan balik artikel, menyediakan akujanji bertulis tidak akanmengeluarkan lagi sebarang kenyataan terhadap UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain menyediakan akujanji akan lebih berhati-hati untuk menerbitkan semula komen pengguna secara amnya serta membayar ganti rugi serta kos perbelanjaan dalam perkara ini.

“Segala tuntutan yang dibuat oleh anakguam kami itu hendaklah dipenuhi oleh portal berita Malaysiakini dalam tempoh masa 48 jam dan sekiranya mereka gagal, maka kami akan meneruskan prosiding mahkamah bagi permohonan memfailkan injunksi bagi menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut terhadap Malaysiakini,” jelasnya.

Turut menerima notis tuntutan saman itu ialah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar selain Ketua Pengrang Kumpulan, Steven Gan kerana telah membenarkan artikel tersebut diterbitkan. 


6 Responses

  1. wan jamak says:

    terus jelah dengan prosiding..nak demand mintak maaf buat apa.. ni bukan benda tak sengaja..

    bodoh! tak habih2 denganperanagi penakut. ptuih!...

  2. Anonymous says:

    Saman sampai bankrup....

    Sumbat stevan gan sama keling tu dlm penjara 30 taun...

  3. Anonymous says:

    Teruskan saman sehingga menang. Jangan berhenti ditengah jalan. Saman RM100 juta atau setinggi yang boleh. Biar mampus portal Fitnahkini yang banyak menabur fitnah dan menghasut rakyat. Bertindaklah sebelum terlambat. Apabila kuasa tiada ditangan, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

  4. UMNO gempaq je...lepas ni umum yarik balik saman...macam yang berlaku ke atas Tien Chua dulu tu...UMNOmana beranai dengan Cina.......

  5. Anonymous says:

    saman la kalau berani.

  6. Anonymous says:

    yarik ape tu ? heheh .. beranai ape tu ? heheh ..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.