..

..

NEPOTISME DAP KEKALKAN DINASTI KELUARGA , RAMKARPAL CALON PRK BKT GELUGOR

on Saturday, May 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Seperti dijangka ,   Lim Guan Eng & DAP   mengumumkan  calon PRK Bukit Gelugor adakah daripada dinasti keluarga Karpal .

 Amalan  nepotisme  anak beranak  dinasti Karpal & Kit Siang ternyata sukar digugat & mereka gah  membolot segala kuasa dalam parti berkenaan sehinggakan dalam  soal calon pilihanraya  .

 Menurut Guan Eng, pemilihan Ram sebagai calon adalah paling baik dan tepat.

Menjadi peguambela  kepada suspek pembunuh teman wanitanya mungkin inilah  calon paling baik untuk rakyat Bukit Gelugor  seperti disebut Guan Eng .......




Untuk rekod, Ramkarpal Singh merupakan peguam kepada Cheong Teik Keon, seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di Taman Hwa Seng, Seberang Perai Tengah di sini, pada Februari tahun lepas.

Cheong Teik Keon, 31, didakwa membunuh Tan Ching Chin, 24, di rumah mangsa di No 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan, Alma, Seberang Perai Tengah jam 8.40 pagi pada 14 Februari tahun lepas.

Teik Keon dari Taman Lintang Makmur di Sungai Siput, Perak didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.




Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Sakinah Ibrahim, manakala tertuduh diwakili, Ramkarpal Singh.

Akhbar melaporkan, kejadian 14 Februari tahun lepas, Ching Chin maut dipercayai ditikam Teik Keon yang dikatakan kecewa selepas mangsa berhasrat memutuskan hubungan cinta mereka. 

Akhbar juga melaporkan, mangsa maut selepas ditikam suspek sebanyak tiga kali di badan dan perut ketika sedang mandi di tingkat atas rumahnya. klik di sini 



One Response

  1. Anonymous says:

    Selagi ada cina dap letak apa apa pun dia orang akan pakah. Asalkan jangan melayu..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.