..

..

MAT SAID MOVE BUAT KEJUTAN KELUAR UMNO , KERAJAAN BN AKAN TUMBANG ?

on Tuesday, May 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Inilah politik ...dok elok-elok berkuasa  pi  letak jawatan MB dan keluar parti UMNO hingga menyebabkan kerajaan BN Terengganu tergantung apabila kerusi DUN dengan PR adalah sama iaitu 15 .

GPB pun tak tahu apa punca pergolakan di Terengganu ini hingga perancangan  #MatSaidMove ini dibuat dan lebih hebat daripada #KajangMove .

Kalau Mat Said dan Adun Ajil isytihar sokong PAS di DUN Terengganu , silap haribulan MB Terengganu malam ini dilantik iaitu Razif akan mencipta sejarah jadi MB paling singkat .  Kerajaan  BN akan tumbang dan tak mustahil Hadi Awang kembali menerajui kerusi MB semula !  





Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta. Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepada Astro AWANI.


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Beliau digantikan oleh ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu majlis angkat sumpah.

Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.




4 Responses

  1. Anonymous says:

    Sokong bn lg x pa keluar parti. Majoriti mudah x hilang lg.

  2. Nampak macam citer kat Perak dulu.. speaker dewan orang paling mahal sekarang ni

  3. Nampak macam citer kat Perak dulu.. speaker dewan orang paling mahal sekarang ni

  4. Anonymous says:

    Ahmad said jenis gila kuasa..janji tk ditepati..mamposlah kau pengkianat

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.