..

..

MANIFESTO CALON NO 1 @Huan2U MALUKAN DAP #LOVEPENANG #PRK BUKITGELUGOR

on Wednesday, May 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




CALON Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan manifesto pilihanrayanya bagi memberi persaingan sihat kepada calon-calon lain yang bertanding dalam PRK Bukit Gelugor.

Antara yang ditegaskan dalam manifesto beliau adalah untuk melobi dana bagi memperbanyakkan projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang khususnya di kawasan Parlimen Bukit Gelugor demi kepentingan rakyat bawahan.

Datuk Huan menyelar kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng yang lebih banyak memberi keuntungan kepada pemaju berbanding rakyat ekoran harga rumah yang melambung di Pulau Pinang.


Naib Presiden PCM itu turut mengemukakan bukti melalui keratan akhbar dari media China yang melaporkan harga rumah di Pulau Pinang paling tinggi berbanding 13 negeri lain di Malaysia.


"Saya akan melobi dan cuba melaksanakan lebih banyak projek-projek perumahan kos rendah terutamanya di kawasan Bukit Gelugor bagi meringankan beban rakyat miskin di negeri ini untuk memiliki rumah sendiri," jelas Huan.

Selain melobi perumahan kos rendah, manifesto calon PCM ini turut melibatkan beberapa aspek lain demi kepentingan penduduk Bukit Gelugor;

- Membasmi rasuah dalam BN/PR
- Membina 3 Pusat Khidmat untuk membantu masalah rakyat.
- Memerangi jenayah dan masalah sosial.
- Memohon dana Persekutuan untuk pembangunan.
- Mengaudit ketelusan penjualan tanah oleh Kerajaan Negeri.
- Penguatkuasaan lebih berat terhadap dasar pembangunan.
- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.
- Menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.


Dalam sidang media di Pusat Operasi PCM Datuk Huan turut mengumumkan slogan kempenya iaitu 'Cintailah Pulau Pinang' atau 'Love Penang' yang membawa simbolik perjuangan partinya memperjuang nasib rakyat di negeri Pulau Pinang. -RR/pjo


One Response

  1. Anonymous says:

    manifesto datuk cantik dan berbau mesra rakyat, kita harap datuk Berjaya dan berjuang untuk rakyat,..rumah, gaji,harga barang makanan,pengangkutan, orang tua,ibu tunggal, anak anak yatim patut jadi wadah perjuangan datuk juga, semoga berjaya

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.