..

..

KU NAN BAKAL DIGUGURKAN SETIAUSAHA AGONG UMNO , SUK PUN PATUT KENA SAMA !!

on Thursday, May 15, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dijangka dilantik sebagai Setiausaha Agung Umno yang baru menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Menurut sumber, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.

Sumber itu menambah, ramai ahli Umno kecewa cara Tengku Adnan mengendalikan proses pertukaran menteri besar Terengganu yang menyebabkan beliau perlu digantikan. 

Jika beliau pandai berdiplomasi dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, maka dua ADUN, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak keluar dari Umno mengikut jejak langkah ADUN Kijal itu.

Bagaimana pun semalam mereka bertiga kembali semula ke pangkuan Umno yang menyebabkan krisis Umno Terengganu selesai dalam masa 48 jam. 

“Tambahan pula Tengku Adnan sibuk dengan tugas sebagai menteri, pengerusi perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya yang menyebabkan beliau tidak dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu kepada FMT.

Ali yang tewas dalam PRU lalu kini dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang tidak ada kuasa eksekutif. “Justru itu jika beliau dilantik sebagai setiausaha agung, beliau dapat beri tumpuan sepenuh masa di ibu pejabat Umno,” kata sumber itu lagi.-FMT



***Keputusan yang tepat oleh Presiden dengan tukar S/U Agong UMNO selepas kegagalannya menyelesaikan masalah krisis politik Terengganu .  Kalau nak tukar, disyorkan sekali tukar SUK  Raof  boroi tu ... 



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Sokong and very timely.

  2. Anonymous says:

    Yes..Patut lama dah Ku Nan dan Raof ni ditukarkan dengan ramai lagi dikalangan Pemimpin UMNO yang lebih berkaliber..:D

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.