..

..

KENYATAAN PM MENGENAI KEPUTUSAN MCA TAK BERTANDING PRK BUKIT GELUGOR

on Sunday, May 11, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menerima keputusan parti MCA untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, "Kita terima hasrat MCA tidak bertanding di Bukit Gelugor kerana MCA dalam proses konsolidasi (pengukuhan), dan penting bagi MCA untuk teruskan proses ini supaya ia dapat menjadi sebuah parti yang lebih disegani dengan kekuatan yang bvertambah.

"Maka, saya harap MCA akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh MCA sebagai sebuah parti politik dalam BN," jelasnya dalam satu sidang akhbar kepada wartawan Malaysia, selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-24 di sini hari ini.

Semalam, MCA memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor yang akan diadakan pada 25 Mei ini, ekoran kematian bekas Ahli Parlimen dari DAP bagi kawasan itu, Karpal Singh.

Keputusan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan yang menjelaskan ketetapan tersebut dimuktamadkan dalam mesyuarat parti berkenaan pagi ini.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Lepas mca jadi sleeping partner dlm bn.

  2. Anonymous says:

    Lepas mca jadi sleeping partner dlm bn.

  3. Anonymous says:

    Datuk Sri PM, MCA kalau ada dalam BN pun tak untung, tak ada pun tak rugi. It is about time you be firm and get MCA out from BN. Suara akar umbi.

  4. Anonymous says:

    pada a jib cinabeng semua betul ...jikat jangan tak jilat...

  5. Anonymous says:

    uweeek. rasa nak muntah, dgr najib bela mca x bertanding d bkt geluguq. eeee lembik lah kamu...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.