..

..

KENYATAAN GUAN ENG DIBIDAS , RAYER CELAKA PERLU DITAHAN DULU AKTA HASUTAN @dzainalabidin

on Friday, May 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



  • Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata insiden pencerobohan DUN pada 21 Mei lepas berlaku disebabkan provokasi melampau oleh wakil rakyat kerajaan negeri.
      
    Sehubungan itu katanya, seharusnya wakil rakyat berkenaan terlebih dahulu dikenakan tindakan menurut Seksyen 31(e) Akta Hasutan sebelum Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh menggesa penceroboh DUN diambil tindakan keras.
      
    "Beliau (ADUN Seri Delima R.S.N Rayer) bukan sahaja menyebut perkataan 'Umno celaka' di dalam DUN tetapi juga semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam khalayak ramai.

  •   
    "Kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno itu dibuat dengan tujuan politik," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang hari ini.


  • Jahara mengulas kenyataan Lim yang dilapor akhbar hari ini sebagai menggesa Peguam Negara menjalankan siasatan menurut Seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap kumpulan yang menceroboh DUN tersebut.
      
    Mengulas lanjut, Jahara berkata kumpulan itu tidak bertujuan mewujudkan huru-hara atau mengganggu persidangan DUN sebaliknya mahu mencari Rayer dan menuntutnya memohon maaf.


    "Mereka tidak berniat untuk buat jenayah pun kerana tidak membawa apa-apa senjata, lagipun mereka datang ketika dewan sedang berhenti rehat dan saya sendiri telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya," katanya.
      
    Dalam insiden itu, sekumpulan 100 lelaki yang mengaku anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk  mencari Rayer dan mendesak wakil rakyat DAP itu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan  kesat.
      
    Rayer dalam perbahasannya mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini  cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
      
    - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.