..

..

KENAPA YDP MAIPP SALLEH MAN TAKUT KOMEN ISU TRANSGENDER DICADANGKAN DAP ?? @dzainalabidin

on Friday, May 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment






Agak pelik kenapa YDP MAIPP  yang juga Adun PAS Prmtg Pasir Datuk Salleh Man takut hendak mengulas cadangan Adun  kerajaan DAP yang mahu jawatankuasa transgender ditubuhkan di negeri ini . 

Cadangan itu juga disifatkan sebagai satu ancaman ekstrem yang boleh menghuru-harakan & merosakkan moral   masyarakat. Malah ia juga jelas bertentangan dengan kebanyakan ajaran agama di negara ini dan tidak perlu diteliti ataupun dikaji bagi melaksanakannya seperti disebut Salleh Man .

Ini kerana tanpa jawatankuasa khas itu, kebajikan masyarakat masih boleh dilindungi kerana matlamat kebajikan itu sendiri adalah untuk membantu tanpa mengira bangsa dan agama sesuatu masyarakat .

Agak malang sekali umat Islam di negeri ini mempunyai YDP MAIPP yang takut  pertahan kesucian Islam .




KEPALA BATAS 8 Mei - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man enggan mengulas mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa transgender kerana menyifatkan isu itu terlalu sensitif.

Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir meminta diberi masa untuk meneliti cadangan yang dikemukakan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu itu sebelum membuat sebarang kenya­taan.

"Secara dasarnya kita tidak iktiraf golongan terbabit, namun beri saya peluang untuk meneliti cadangan yang dibuat oleh Yee Cheu itu sebelum beri sebarang komen," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Salleh merupakan satu-satunya ADUN Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dalam tindakan yang dilihat seolah-olah mahu meraih sokongan politik, Yee Cheu dalam sidang akhbar di sini semalam berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu bagi membuktikan kesamarataan yang diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang.

Menurut Yee Cheu, cadangan itu telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, beliau berharap cadangan berkenaan dapat dibahaskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan bermula dua minggu lagi.

Bagaimanapun, cadangan Yee Cheu itu mendapat kecaman hebat beberapa pihak se­per­­ti Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) dan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang menyifatkan ia sebagai melampau dan tidak boleh diterima akal.

Selain itu, mereka menegaskan cadangan tersebut juga langsung tidak menghormati kesucian beragama dalam kalangan penganut pelbagai kepercayaan di negara ini terutama umat Islam.


One Response

  1. Anonymous says:

    Ramai sangatkah golongan pondan,homo,lain2 yg tidak normal keinginan sex sehingga perlu diujudkan satu jawatankuasa khas utk mereka? Bukankah dah ada kementerian kesihatan,kementerian wanita dan keluarga,unit kaunseling dan banyak lagi agensi yg sewajarnya ? Kenapa perlu JK Pondan,JK Homo n Gay?Hak apa ni? Kerajaan P.Pinang nampaknya mengalakkan gejala songsang.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.