..

..

KENALI HUAN CHENG GUAN , CALON TERBAIK UNTUK PENGUNDI BUKIT GELUGOR

on Monday, May 12, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Saya mengenali Datuk Huan Cheng Guan sekitar tahun 2008 dahulu, ketika itu beliau Naib Presiden GERAKAN tetapi tewas dalam PRU12. Walaupun beliau tewas ketika itu, tetapi belliau telah dilantik sebagai setiausaha Barisan Nasional di Parlimen atas pengalamannya sebagai bekas Wakil Rakyat.
Selepas beliau tewas (2008), kami bersembang pengalaman beliau selama menjadi wakil rakyat dan azamnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Sebagai bekas seorang tentera, ciri-ciri personaliti “smart”, menepati janji dan tetap pendirian masih kekal dalam diri beliau.
Sehingga ke hari ini, apabila saya menelefon beliau baru satu dua kali deringan beliau sudah mengangkat telefon, sungguh cepat. Beliau mendengar perbualan kita dengan cermat dan memberi pandangan yang baik.
Beliau adalah bekas tentera laut jika saya tidak silap, pernah berkhidmat di Labuan sebelum bersara dan melibatkan diri dalam politik Pulau Pinang.
Berdasarkan rekod PRU 2004, Datuk Huan Cheng Guan memenangi kerusi parlimen Batu Kawan dengan jumlah undi 17,097 undi jauh meninggalkan calon DAP yang hanya memperolehi 6,552 undi.
Pada tahun yang sama juga di Bukit Gelugor, Karpal hampir tewas dengan memperolehi undi 22,529 undi manakala calon MCA Lim Boo Chang memperolehi 21,268 undi.
Saya berpendapat, pengalaman Datuk Huan Cheng Guan di dalam tentera, kerajaan dan NGO sangat sesuai kepada rakyat di Bukit Gelugor. Saya pasti beliau tidak akan mengecewakan jika terpilih di Bukit Gelugor. - SUMBER-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.