..

..

ISU PERKASA DYANA & IBUNYA SERLAHKAN DAP HIPOKRIT & PENIPU DEPAN KAUM CINA !! #JOMPILIHMAH #PRKTelukIntan

on Tuesday, May 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatan ‘blur’ apabila isu Pertubuhan Bumiputera Perkasa (PERKASA) bertalu-talu diajukan wartawan kepada calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dengan Perkasa, akhirnya menukar pendirian mengakui hakikat itu apabila beberapa bukti bergambar dikeluarkan.
Ditanya tentang pembabitan Dyana sendiri membantu ibunya dalam pertubuhan itu, Setiausaha Politik Kit Siang menjawab beliau membantu ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar.
“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Ikuti sesi soal jawab wartawan dengan Dyana berkenaan isu tersebut yang dirakamkan Minaq Jinggo dalam video di sebelah.


Sementara itu, rakyatnews.my yang memetik kenyataan Yammy Samad mengesahkan beliau terlibat dengan Perkasa.
Ibu Dyana itu turut mengakui anaknya terlibat sama pada Majlis pelancaran laman web Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.
“Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.
“Pada ketika itu Dyana baru habis belajar, jadi dia datang menemani saya. Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali minta dia meletakkan bunga pada Tun Mahathir,” katanya kepada pihak media ketika hadir di ceramah DAP di Taman Perindustrian Anson di sini malam tadi.- AIDC 





3 Responses

  1. MG ADMIN says:

    kami tertarik dengan bahan di blog tuan .mohon jasa baik pihak tuan pautkan link blog kami mediagags12.blogspot.com di sini.untuk makluman tuan, blog tuan telah dipautkan di laman kami.terima kasih di atas jasa baik pihak tuan.

  2. Anonymous says:

    LKS tu cuma act blur aje. Nanti kalau dia rampas mic tu dah jadi samdol kedua...tu yang dia saja act blur.

    DAP nya orang 2 dah jalan for good baik si LKS penyangak gi sekali. Gua suka nak tengok dia game over, you're eliminated!

    Tu yang best.

  3. Anonymous says:

    Ape pun DAP pasti menang di Teluk Intan sebab org kata kalau letak sepender LKS/LGE pun pasti mereka akan undi DAP.

    Tak perlu kecoh pasal PERKASA tu.

    Sayangnya BN tak letak org Melayu jadi calon.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.