..

..

DULU HENTAM UMNO , SEKARANG PAS JILAT LUDAH BALIK GUNA DEWAN JKKK BANTU DAP !! @dzainalabidin

on Friday, May 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Dulu pemimpin & macai PR sering menuduh menggunakan harta kerajaan & rakyat ketika pilihanraya seperti Dewan JKKK , hari ini  PAS P.Pinang secara terang-terang menggunakannya di PRK Bukit Gelugor bagi membantu sekutunya DAP .

1  premis kerajaan telah digunakan oleh PAS  sebagai bilik gerakan dan pusat operasi parti itu iaitu di Dewan JKKK Sg Gelugor

Sementara itu, orang ramai di Sg Gelugor kesal  dengan tindakan kerajaan DAP dan parti PAS menggunakan dewan berkenaan sebagai pentas politik dan boleh memecahbelahkan masyarakat.

 Nah ! sekarang PAS jilat  ludah mereka balik  dan hari ini bila berkuasa mereka gunakan dewan masyarakat serupa harta mak bapak depa wasiatkan !!.

Apa saja harta kerajaan yang ada dalam dewan tu hangpa kata harta PAS & DAP  walaupun ia dibina untuk kemudahan masyarakat kampong

 Dulu mereka menyalak  dewan JKKK  seharusnya bebas dari sebarang program yang melibatkan parti politik tapi hari mereka juga turun mengunakannya .

Kita tunggu ada lagi siri JILAT KEMBALI LUDAH akan ditemui di PRK Bukit Gelugor untuk tunjuk kepada rakyat tembelang sebenar mereka .





GEORGETOWN- Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalah guna oleh penyokong pakatan rakyat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor.

 Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 disini bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi parti Pas bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK disini.

 Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu. Bukan sahaja beranggapan tindakan itu tidak wajar malah beberapa penduduk yang ditemui berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa.

 Seorang penduduk,Ismail Ibrahim, 61 berkata, dia kesal dengan tindakan parti berkenaan yang menggunakan kemudahan penduduk untuk kepentingan parti. 

 Menurutnya,Pas tidak sepatutnya menggunakan dewan itu sebagai markas mereka dan ia telah menyinggung perasaan penduduk di kawasan kampung berkenaan.

 "Dewan itu sepatutnya dijadikan tempat penduduk melakukan aktiviti,kenduri kendara dan sebagainya bukan untuk satu-satu puak berpolitik. 

 "Apabila perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masyarakat berpecah belah kerana bukan semua penduduk disini yang bersetuju dengan tindakan mereka dan bukan semua penduduk disini menyokong parti Pas mahupun DAP,"katanya.

 Turut berkongsi pendapat yang sama Ahmad Salleh,62 yang menentang keras penyalahgunaan dewan berkenaan untuk tujuan politik. Katanya, tindakan Pas menaikkan bendera parti itu juga adalah satu kesalahan dibawah Akta Pilihanraya.

 "Penggunaan bendera parti lain selain bendera parti yang bertanding adalah salah dan mereka perlu menurunkan semua bendera Pas dikawasan itu.

 "Pas boleh membuka markas mahupun bilik operasi mereka,mereka nak berkempen untuk membantu DAP pun terserah kepada mereka tetapi jangan salah gunakan hak dan kemudahan rakyat.Banyak tempat lain yang boleh mereka jadikan bilik gerakan tetapi bukan di dewan JKKK,"katanya.


 Mohd Razak Ibrahim,66 pula berharap agar Pas lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan masyarakat kampung di kawasan berkenaan dengan tidak memandai-mandai membuka bilik gerakan di dalam kawasan berkenaan.

 Beliau turut berharap penduduk kampung dapat berpolitik secara sihat dan tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai penghalang untuk mereka bersatu. Ends.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.