..

..

TIAN CHUA UGUT MAHU JATUHKAN NAJIB JIKA PENJARAKAN PEMIMPIN AGONGNYA ANWAR !!

on Friday, April 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments



Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sekali lagi mengajak rakyat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan nanti.

Biarpun sedang disiasat polis berhubung kes menghasut rakyat untuk menjatuhkan Perdana Menteri di jalanan menerusi akaun Twitternya sebelum ini, namun Tian Chua seolah-olah terus mencabar kewibawaan undang-undang negara.

"Ini janji saya. Kalau Najib berani penjarakan Anwar, kita akan bangkit jatuhkan Najib.


"Kita pernah menunjukkan rekod sebelum ini. Saya sendiri pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting selama dua tahun, pernah kena gas pemedih mata tetapi semua ini tidak memberi kesan," katanya dalam ceramah di Pantai Dalam di sini malam ini.

Sebelum ini, beberapa pihak telah membuat laporan polis berhubung kes Tian Chua dalam akaun Twitternya iaitu @tianchua pada 7 Mac lalu mendakwa hukuman terhadap Anwar telah dijatuhkan sendiri oleh Najib.

Malah, Ahli Parlimen itu juga dengan sengaja menghasut rakyat untuk menjatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan dengan mendakwa kononnya Perdana Menteri sedang mengisytiharkan perang terhadap pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Tian Chua juga dengan angkuh mendakwa, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meletakkan jawatan kerana desakan dan tindakan bantahan rakyat melalui reformasi.

"Kita kena tunjukkan kuasa rakyat seperti yang pernah ditunjukkan sebelum ini kepada Najib pula. Jangan ingat dia akan terus berkuasa. Kita akan bangkit menunjukkan kuasa kita kepada mereka nanti," katanya - UM-


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Mana komen Mr Shut Up guy? Sonyap aja...teloq kempes ke..ha..ha..

  2. Anonymous says:

    KP mana pickup isu mcm ni sbb yg tulis tu SU kesayangan dia bekas Mkini yg confirm bukan bangsa melayu dan agama islam. Penyokong dr kg kena tipu lagi!

  3. Anonymous says:

    Ini apek pun sama kaki gebang sama di punya agung bang non kaki jubur...sembang kemain besar.... angkuh.... last tersungkur gak mcm karpal sinki...senget abis mukanya eksiden di bumi berdaulat PERAK!!!! Amik kau derhaka lagi dengan Paduka Sultan Perak... kuiikuikui... Cina tak berjenis ni pun sama gak la nasibnya..takat sembang dgn air liur bleh la...

  4. Anonymous says:

    Orang sudah lupakan ketua penipu. Reformasi 2.0 pun tak dapat sambutan. Sayonara Anwar.

  5. Anonymous says:

    JANGAN LAYAN,CAKAP JA PANDAI

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.