..

..

TERKINI !! ANWAR DICABAR TUNJUK BUKTI KERAJAAN MALAYSIA BOHONG & SEMBUNYI FAKTA #MH370 !! @NajibRazak

on Monday, April 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memberikan bukti sekiranya Malaysia berbohong serta menyembunyikan fakta mengenai kehilangan MH370.

Menurut Shamsul, Anwar perlu tampil memberi bukti yang jelas, bukan bertindak dengan 'berteriak' di media asing dengan membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan tanpa bukti yang kukuh.

"Menyentuh mengenai isu ini, kalau kita tengok cerita P.Ramlee, ada watak Saleh Kamil yang menjadi tali barut Jepun, adakah watak ini ada dalam negara kita sekarang?

"Itu yang membimbangkan kita kerana keadaan ini akan menyusahkan kita kerana bila krisis berlaku ada pihak yang bukan hendak membantu menyelesaikan masalah tetapi memburukan lagi keadaan.

"Berbalik kepada soal Anwar tadi, kita cabar Anwar, buktikan bahawa Malaysia berbohong dan menyembunyikan fakta kerana kita kena ingat dalam situasi ini sudah tentu ada perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum untuk tujuan keselamatan dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan yang sama, Shamsul turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi situasi seumpama ini.

"Saya berharap dalam menghadapi situasi krisis seumpama ini rakyat Malaysia bersatu kerana ia berkaitan dengan maruah negara," katanya.

Semalam, Akhbar Daily Telegraph yang beribu pejabat di United Kingdom menyiarkan kenyataan Anwar yang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia, Marconi.


8 Responses

  1. Anonymous says:

    aku nak saaaaaangat tau apa yang Anwar tau
    sekarang ni pun ko dah ada dengan sponsor besar kat London tu ... masanya ko tunjukkan pada dunia yang kerajaan Malaysia sembunyikan sesuatu
    jangan ko ulas apa yang pakar penerbangan dah ulas sebab dalam kapalterbang tu bukannya ada anak beranak ko ...... SIAL !!!!!

  2. Anonymous says:

    Masalahnya RAMAI YAB YAB DIAM je, membisu jadi si haramjadah ni naik tokcahang lah...cuba ramai ramai gasak dia, baru dia tahu langit tinggi rendah.

  3. Anonymous says:

    kerajaan terlalu bagi muka kepada banduan ini hingga boleh ke luar negara dan memalukan negara dengan cerita bukan2...apa yg dibuat oleh peguam negara?!

  4. Anonymous says:

    Anwar Ibrahim has created enough trouble to this country. Anwar harus bertaubat!

  5. Anonymous says:

    Komen anon 351 adalah tepat. YB BN termasuk UMNO banyak yg diam membisu , tak tau nak kritik atau tibai balik. Sibuk dengan benda lain kot? Tak dengar langsung komen backing kerajaan. Fakta jam omega macam mana?

  6. rashid jamaludin says:

    yb bn patut ada semangat juang sama LAVEL atau LEBIH TINGGI dari crook ni...SEMANGAT SEMANGAT SEMANGATlawan lawan lawan kaki jubuuur ni...

  7. Anonymous says:

    Aku tak sokong mana2 tapi Kenapa d adakan 2 sesi penerangan kejadian mh310 d parlimen? Kerajaan perlu telus baru rakyat percaya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.