..

..

RISALAH AIBKAN @AzminAli SUDAH MENULAR DALAM PEMILIHAN PKR #KEADILANRAYA

on Saturday, April 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Kempen bagi pemilihan PKR semakin ‘panas’ selepas tersebar risalah dipercayai bertujuan memburukkan imej calon timbalan presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Risalah bertajuk ‘Layakkah Azmin?’ dipercayai diedar pihak tertentu ditemui pada Himpunan Reformasi 2.0 malam semalam, di sini.

Risalah tersebut dikesan diedar kepada orang ramai yang hadir pada program itu.

Pengarah Himpunan Reformasi 2.0 Perak, Annuar Zakaria berkata, beliau menyedari pengedaran risalah itu selepas mengetahuinya daripada petugas program pada malam semalam.

Menurutnya, risalah itu diletakkan di cermin-cermin kereta selain diedarkan kepada pengunjung program pada malam itu

“Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini juga cubaan untuk memburuk-burukkan imej Majlis Pimpinan PKR Perak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Himpunan Reformasi 2.0, di Wisma PKR Negeri, di sini, semalam.

Risalah dua muka surat itu mengandungi beberapa gambar mirip Azmin selain beberapa tuduhan terhadap pemimpin itu.

Pada Himpinan Reformasi 2.0 di sini, malam semalam, beberapa pimpinan PR di peringkat negeri dan pusat hadir memberikan ceramah.

Selain ucaptama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin termasuk Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution; Pengerusi MPN Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. -SH- 



Komen GPB

Semakin rakus nampaknya pihak lawan Azmin dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR dengan memainkan taktik kotor menerusi sebaran risalah yang mendedahkan keburukannya di kalangan ahli parti .

Azmin umum kita ketahui beliau  begitu berpengaruh dalam parti hingga ke akar umbi dan ini membimbangkan pencabarnya yang cuba menjatuhkan beliau dari jawatan No 2 parti .


Kalau sebelah sana begitu hebat dalam kerja  memfitnah PM &   BN , inikan pulak pemimpin mereka seperti Azmin Ali ...segala rahsia beliau lagi diketahui lebih banyak akan didedahkan ..


2 Responses

  1. Anonymous says:

    “Risalah ini berbentuk tohmahan dan fitnah pimpinan kita. Kita yakin ada pihak luar yang cuba membuat sebaran untuk memburukkan pimpinan dan imej parti".
    ##################$
    Bunyinya macam menyalahkan parti lain.

  2. Anonymous says:

    Peluang nak salahkan UMNO ler tu. Politik gampang benor

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.