..

..

RAKYAT P.PINANG BERANG , BANGKIT BANTAH KENAIKAN TARIF AIR KERAJAAN DAP @dzainalabidin

on Monday, April 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments

Cadangan Kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar tarif air di negeri ini terus mendapat bantahan pelbagai pihak apabila sekumpulan penduduk yang menggelarkan diri mereka 'Himpunan Anak-anak Penaga' berkumpul secara aman membantah cadangan itu hari ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd Sukor Md Yusof, 42, berkata cadangan menaikkan kadar tarif air itu hanya menambah beban rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Selama ini pun, rakyat sudah dibeban dengan caj perkhidmatan air selepas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menaikkan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak dua kali iaitu pada 2010 dan 2013.

"Sekarang kadar tarif air pula mahu dinaikkan sebanyak 100 peratus yang dijangka hujung tahun ini, ia sangat membebankan pengguna terutama mereka yang mempunyai keluarga besar," katanya kepada pemberita selepas bantahan aman itu di sini.

Bantahan oleh kira-kira 40 penduduk jati Penaga diadakan di kawasan pekan Penaga di sini dengan sebahagian mereka memegang sepanduk membantah cadangan kenaikan tarif air itu.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri memberi kebenaran kepada PBAPP untuk menjalankan kajian mengenai kenaikan tarif air sebagai langkah terakhir bagi mengurangkan penggunaan air di Pulau Pinang, yang mencatatkan kadar tertinggi di Malaysia.
   
Lim yang juga pengerusi PBAPP berkata sekiranya tarif air di negeri ini dinaikkan, kadarnya masih merupakan yang terendah berbanding di negeri lain, iaitu RM0.31 bagi setiap 1,000 liter padu untuk 35,000 liter pertama.
   
Menurutnya langkah pendidikan dan surcaj penjimatan air yang dikenakan sebagai hukuman ke atas pengguna sebelum ini, gagal membendung sikap pembaziran air di negeri ini.

Mohd Sukor turut mendesak kerajaan negeri supaya menghapuskan surcaj WCS itu kerana ia mengakui bahawa kaedah itu gagal mendidik rakyat berjimat dalam menggunakan air.

Beliau berkata kerajaan negeri juga mungkir janji apabila cuba menaikkan tarif air kerana menerusi manifesto yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, ia menyatakan tiada kenaikan kadar caj perkhidmatan air di negeri ini.

7 Responses

  1. Anonymous says:

    TAHNIAH ! SYABAS PENGUNDI PENGUNDI PR.....ANDA BIJAK BUAT PILIHAN !

  2. Anonymous says:

    apa apa pun tahniah la kepada rakyat melayu di P Pinang, especially ahlul bahalol PAS.....

  3. Anonymous says:

    Penagakubu kuat umno. dimana umnokuat distu Melayu merempat. betul

  4. Anonymous says:

    asalkan berdemo mestilah org melayu .. tak kira lah dari pembangkang ataupun kerajaan... apa nak jadi dng org melayu nee

  5. Anonymous says:

    Kalau umno naikan apa2 mereka kata umno jahat..kalau pihak pakatan yg buat.. ...semua adalah 'melayu'...memang kaum cina di rasiskan baik baik belaka...nak buat demo wat ape..kan paayan ni mereka yang pilih..rakyat pinang yg pilih kan...jadi kaum melayu terimalah seadanya keadaan ini...sebab klau tiada kenaikan..mcmn pakatan perintah ppinang nak byar lain2 maintainance...itulah..paatan dah jadi pilihan rakyat..buat apo nak bising bising..noori pinang dah jadi negeri kaya n maju...

  6. Anonymous says:

  7. Anonymous says:

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.