..

..

P.PINANG BANDAR SEKS DISEBABKAN BANYAK RUMAH URUT DILULUSKAN ??

on Thursday, April 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





 Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi penjelasan berhubung laporan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa negeri ini 'bandar seks' berikutan kononnya terdapat sekurang-kurangnya 200 kawasan panas yang menawarkan perkhidmatan seks.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid berkata, semua pihak terutama rakyat negeri ini mahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu berikutan laporan itu memberi imej buruk kepada Pulau Pinang.

"Umno mahu Guan Eng beri penjelasan mengenai perkara itu dan jika beliau enggan berbuat demikian, kami akan bangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bulan depan.

"Laporan itu bukan sahaja memberi imej buruk malah menunjukkan pihak berkuasa tempatan tidak buat kerja mereka kerana saya difahamkan 200 premis yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mempunyai lesen dan bagaimana perkara itu boleh terjadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care (IMFC), di Dewan Sungai Dua, di sini hari ini.

Jahara yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MPWKM) mengulas dakwaan Jaringan Utara Migran dan Pelarian (Jump) itu.

Laporan kajian itu berdasarkan temu bual membabitkan 172 pemandu teksi di negeri ini yang mendakwa  pernah membawa penumpang ke kawasan panas berkenaan sekurang-kurangnya sekali. - Bernama


Komen GPB

 Kajian NGO ini melalui temubual driver teksi yang membawa pelanggan mereka ke tempat itu. 

 Persoalannya mengapa tempat seks ini boleh didapati di premis berlesen yang diluluskan PBT ?? 

Setakat ini entah berapa banyak rumah urut di negeri serta yang baru diberikan lesen ?

Rakyat P.Pinang hendak tahu jawapannya ....





2 Responses

  1. Anonymous says:

    Cari makan , sekali-sekala pi urut free , semua jenis urut ada, mari.. mari....pandai sungguh pelaburan DAP buat.

  2. Anonymous says:

    tanggung le
    sekutunya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.