..

..

PEMILIHAN CEC : DAP TIDUR TAK LENA DAH BILA SHAFEE ABDULLAH JADI PEGUAM ROS !!

on Thursday, April 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah (gambar) akan mewakili Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam menghadapi tindakan DAP yang memaksa ROS mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September 2013.

Ketika ditemui di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, peguam, Gobind Singh Deo yang mewakili DAP memberitahu pemberita, pihak­nya mengetahui mengenai pelantikan Muhammad Shafee itu pada hari ini.

DAP pada Februari lalu, mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman dalam usaha memaksa ROS mengiktiraf pemilihan CEC tersebut.

Parti tersebut mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas itu di sini pada tarikh tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS yang tidak mengiktiraf keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Pada 26 Mac lalu, Hakim Datuk Zaleha Yusof memberi kebenaran kepada DAP bagi memulakan satu permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS tersebut.
Terdahulu, Gobind hadir pada pengurusan kes tersebut di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Arun Nova Dass.

Menurut Gobind, mahkamah menetapkan 11 Jun ini bagi lanjutan pengurusan kes itu dan mengarahkan DAP menyerahkan dokumen yang berkaitan sebelum tarikh tersebut.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    sampai bila nak harapkan tan sri shafie ni ajer?kerajaan harus lantik dan latih lebih ramai peguam muda untuk bela kerajaaan..peguam umno tu pun patut bergandingan dgn tan sri shafie ni

  2. Anonymous says:

    KENAPA TAKUT,PEGUAM INDIA ADA CINA ADA YG KONONNYA BIJAK,CINA KAN PANDAI,BULLSHIT,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.