..

..

NGO : KECAM WARDINA TAK AKADEMIK & MERBAHAYA , PERTIKAI USTAZ DON DIBENARKAN !!

on Saturday, April 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 19 Comments


Sebuah NGO Islam hari ini mempertahankan tindakan selebriti terkenal Wardina Safiyyah membangkitkan persoalan sama ada pendakwah terkenal Don Daniyal menggunakan hadis palsu dalam sebuah rancangan televisyen.

Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ), yang bekas mufti Datuk Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi penasihatnya, berhujah, tindakan Wardina tidak sesekali biadab atau radikal.

“Ia adalah manifestasi semangat disiplin ilmu Islam yang mana sesiapa sahaja dibenarkan mengisi ruang pertanyaan dan perbincangan yang sihat di dalam Islam,” kata Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin (kanan).

Wardina sebelum ini dilapor mempersoalkan ceramah Don Daniyal atau nama sebenarnya Don Daniyal Don Biyajid, yang dikatakan mengetengahkan hadis palsu dalam rancangan televisyen di TV Al Hijrah.

Banyak pihak kemudian menimbulkan reaksi negatif, termasuk menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut di mata umum.

Wardina, yang terkenal dengan rancangan Spanar Jaya sebelum ini bagaimanapun menjelaskan tidak mempunyai niat demikian dan hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran

Don Daniyal, 30, pengacara program “30 Minit Bersama Ustaz Don” pula semalam dilapor meminta pihak yang menuduhnya agar menyelidik terlebih dahulu dakwaan berkenaan.

Katanya, tidak adil dia dinilai berdasarkan kepada sebuah video yang diedit daripada ceramah terdahulunya bagi digunakan untuk menfitnahnya.

Don juga dilapor berkata, dia tidak akan lagi menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu berkenaan kerana bimbang ia mengundang pelbagai pandangan negatif.

TV AlHijrah dalam kenyataannya kepada mStar Online pada Rabu memberitahu akan meneliti kandungan rakaman video kontroversi itu terlebih dahulu sebelum memikirkan tindakan lanjut.

'Merbahaya, memalukan, tak akademik'

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Abu Hafiz berkata, kecaman terhadap Wardina sebenarnya “cubaan yang amat berbahaya”, bersangka buruk, memalukan dan tidak akademik.

“Kami menegaskan supaya mana-mana pihak tidak menggunakan prinsip: 'habis hujah digunakan fitnah',” katanya.

Abu Hafiz juga menegur pengubahan fokus perbincangan daripada kandungan ceramah kepada latar belakang dan sejarah silam Wardina.

“Sekatan terhadap hak bertanya sebegini dibimbangi akan menatijahkan kesan yang buruk iaitu sesiapa sahaja bebas bercakap tentang urusan agama tanpa perlu membawa bukti hujah al-Quran dan al-Sunnah yang thabit dan tidak boleh dipersoalkan,” katanya. 
 


19 Responses

  1. Anonymous says:

    Puak ni keliru. Org tak pertikai niat Wardina tapi dia balun secara terbuka sebelum buat rujukan kepada Ustaz Don

  2. Anonymous says:

    Bertanya yg lbh berbentuk serangan, publicly pulak tu, disiplin ilmu yg mana tu?

  3. Anonymous says:

    Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ) ini parti politik ka? Siap ada jawatan ketua pemuda..!!! Assalamualaikum....encik Ketua Pemuda IQ Abu Hafiz Salleh Hudin... encik, berat sebelah. Pi tanya berdepan Ustaz Don Daniyal... dengan sapa Ustaz Don berguru.. Ustaz Don berguru dengan Datuk Ustaz Dr Harun Din Al-HAfiz.. So suruh penasihat IQ berjumpa Ustaz Harun Din dan suruh dia nasihatkan Ustza Don. Boleh ka penasihat IQ tegoq Timb. Mursyidul Am PAS..???

  4. Anonymous says:

    siapa di belakang ngo ini ya...tak pulak ditanya apa pendirian wardina pasal comanggo dan meliwat....

  5. Anonymous says:

    THIS NGO FULL OF BLOODY BS...WHAT D LADY DID WAS NOT ABOUT QUESTIONING...FALSE ACCUSATION WITHOUT PROPER FACT...DONT BE BS ISLAMIC NGO...SHUT UP

  6. Anonymous says:

    slm wahai ngo Al-Qayyim Malaysia (IQ)
    sebenarnya yang tak akademik, memalukan, tak profesional, merbahaya dan brsifat ala-ala bodoh sombong adalah kerana sifat wardinah (W) yang membuat n mempersoalkan kesahihan kebanyakan ceramah Usatz Don UD) melalui MAYA TERBUKA..
    memang x ada halangan malah digalakan untuk kita merujuk akn sesahihan sesuatu yg kita rasa mengelirukan namun cara wardinah x berapa nk betul..
    kenapa x dibuat secara tertutup maksudnya x perlu dibuat di MAYA TERBUKA macam yg dia dh buat...
    apa jadi sekarang...
    kan dah jadi perdebatan terbuka n mula mengelirukan banyak pihak..
    yang mengelirukan bukan tentang ceramah2 UD sekarang ni tp kekeliruan akn cara W dh buat...
    sbb tu ramai yg dh mengutuk, mencaci malah ada memaki mungkin..
    kenapa saya kata begini...
    ini kerana W yang x profesional disamping saya percaya ada yang fikir W cuba menonojolkan diri dia n cuba menenggelamkan UD..
    seolah ada udang sebalik batu.. mungkin ada kot sbb W dh mula x ada job.. haiyaaaaa... org mcm ni pn adakah...
    kepada IQ...
    turutilah cara UD yang x mau memanjangkn o menjawap apa2 komen slps komen UD yg pertama (x silap saya)..
    komen atas komen atas komen akan melibatkan isu terus berpanjangan..
    BERHENTILAH.....
    biarkan pihak yang berotoriti dlm bidang agama menjalankan siasatan..
    IQ... shut up....
    klu nk bersuara... banyak isu berkaitan agama yg perlu ditangani contohnya.. COMONGO jahanam.. isu KALIMAH ALLAH n banyak lagilah isu tntng agama suci kita ISLAM yg di kotak-katiakan ketika ini...
    islam melarang kita berdendam.. justeru itu pd IQ jgn ada dendam pd saya ya.. ikhlas sya beri komen ini..
    -TOK NIN-

  7. Anonymous says:

    Wardina tetap salah sebab bagi komen yang tak jelas dan megelirukan orang ramai serta lebih bersifat peribadi.

  8. mae says:

    don guna hadis palsu secara terbuka kepada khalayak ramai, nak nasihat dia cara sembunyi-sembunyi pulak ? bagaimana kalau dia tak mengaku kesilapannya, adakah akan dibiarkan orang yang mendengar kesilapannya terus berada dlm kesilapan ? Saya tak percaya don akan mengaku dia menggunakan hadis palsu.

  9. Anonymous says:

    aku cukup benci dengan minah tu, aku akan menukar saluran bila ada wajahnya di tv.

  10. Anonymous says:

    Boleh tanya pengomen2 sikit tak? Wardina tu komen apa da..? Mcm2 pendapat telah keluar tapi apa benda yg dikomen kan oleh Wardina tu?

  11. Anonymous says:

    wardina ni belagak pandai tapi hamPAS... hancur umat islam ni kalo ada ramai org sepertinya..

  12. Anonymous says:

    Tak pernah pun dgr nama ngo ni. Tetiba muncul bila puak dia kena balun. Bila ust don kena kutuk dia diam. Taik kau geng2 wahabi samada UNNO,PAS atau PKR atau mana2 lah syibih wahabi

  13. Anonymous says:

    WARDINA INI AKU NAK NASIHATKAN SUPAYA JANGAN MASUK CAMPUR ATAU NAK CUBA JADI ORANG TENGAH HAL-HAL YANG TAK ADA KAINTAN DENGAN KAU. KAU TU BUKAN BAGUS SANGAT. DAN AKU HARAP LAKI(SUAMI) WARDINA NI MAIN LA PERANAN SIKIT..NASIHATKAN LA BINI AWAK TU..JANGAN DIAM JE. LAKI WARDINA NI DAYUS KE TAK BERANI NAK MENEGUR ISTERI.

  14. Anonymous says:

    mmembazirkan beras emak bapak dan juga kepenatan membesarkan insan yg bodoh ini

  15. Mohd Hanafiah says:

    Ini lah melayu bergaduh sesama sendir....dulunya pasal bangsa...kini pasal agama.......moral of the story tak payah panjang 2 lagi....Wardina kalau ada kekeliruan pergilah jumpa Ustaz Don...bukan nak suruh minta maaf tapi tanya kebenaran tentang hadis palsu itu. Kalau betul bersalah baru minta maaf...kalau Ustaz Don bersalah Ustaz Don minta maaf.....Lagi pun Ustaz Don ada kata hari tu mungkin dia bersalah kerana dia juga manusia...tapi terangkan padanya kat mana salahnya ...kalau ada...Ni yang Al-Qayyim nak menambahkan air keruh ni apadia ni?....pergilah tanya UStaz Don dulu kat mana salahnya....dah tengok ke video penuh.....nak jadi orang ketiga ke.........Betul dalam ISlam boleh dibagi teguran tapi ada adapnya....ini bukan macam ahlil politik boleh tegur sesuka hati.....belajar lagi dik oooi jangan jadikan Islam ni sebagai tempat meraih sokongan tapi jadikan ISLAM ini tempat meraih persaudaraan.

  16. Anonymous says:

    Kalau dia ikhlas dan berani kerana benar, jumpa direct..itu tuntutan agama. Siasat dulu sebelum menghebohkan berita yang belum pasti sahih. Dengarnya video ni kena edit oleh cai pr.

  17. Anonymous says:

    ni sorang lg IQ rendah. tegur tegurlah tapi face to face bukan satu dunia tahu.kalau xpun engko ngo buat forum tertutup. benda blh selesai. kalu ikut engko buka isu through FB nnt jwb ikut FB xde kesudahan.lopong 2 fitnah mula masuk

  18. Walau pun ini isu lama, namun bila keadaan sudah sejuk baru kita perasaan Melayu ni makhluk emotional. Tak boleh ditegur sama macam pemimpin dan kaum elit mereka. Sebab itu tidak boleh maju.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.