..

..

HADIS PALSU : WARDINA NAFI AIBKAN USTAZ DON , MOHON MAAF KERANA TEGURAN TERBUKA

on Thursday, April 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 21 Comments




Pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah tidak pernah berniat untuk mengaibkan Ustaz Don dengan berkongsi video ceramah agama yang dikatakan mengandungi hadis-hadis palsu disampaikan penceramah selebriti itu.

Wardina berkata, dia hanya mewakili pihak yang musykil bagi mencari kebenaran terhadap beberapa perkara yang disampaikan oleh ustaz itu dalam ceramah umum tersebut.

"Saya bukan ingin menasihati dan tiada niat langsung untuk membuka aib Ustaz Don dengan berkongsi video tersebut tetapi saya ingin mencari kebenaran sahaja.

"Memang ada kata-kata ustaz dalam video tersebut yang membuat ramai orang musykil termasuk saya. Saya rasa ustaz perlu membantu kami orang awam yang tidak faham daripada mana sumber tersebut didapati," katanya kepada mStar Online, menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini, pada Rabu.

Wardina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataannya yang menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal sehingga mendapat banyak reaksi termasuk ada pihak menganggapnya cuba mengaibkan personaliti tersebut secara umum.

Terdahulu pihak TV AlHijrah dalam mStar Online pada Rabu turut mengambil pendekatan untuk meneliti kandungan video ceramah personaliti berkenaan yang tersebar sebelum sebarang tindakan diambil.

Ustaz Don merupakan hos rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don  siaran TV AlHijrah yang disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 9.30 malam.

Tambah Wardina, tindakannya menegur secara umum bukan bertujuan melakukan serangan peribadi, sebaliknya sekadar mahukan mendapatkan kepastian dan jawapan.

"Saya minta maaf jika ada yang tidak suka cara saya membuat teguran ini secara terbuka. Saya berbuat demikian kerana ceramah itu juga dilakukan secara umum, saya jujur dengan niat ingin bertanya.

"Kata-kata saya di Facebook itu tidak sedikit pun  mengecam, mengutuk atau memperkecilkan Ustaz Don kerana ilmu dia lebih tinggi daripada saya," katanya.


21 Responses

  1. Anonymous says:

    wardina, fikir dulu sebelum keluarkan kenyataan. Kamu tu siapa, cuma seorang artis yg dulunya tidak menutup aurat, dan Alhamdulillah sekarang ni dah tutup. Tapi sayang, kerana mulut badan binasa., Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata.....Cuma minta maaf aje..,hebat ya kamu wardina

  2. anti-puak liberal terlebih says:

    Bila betina ni nak pi Australia? Naik berbolu tengaok sikap munafik dia ni. Dulu bukan main action cakap nak pi sana dan bermastautin kat sana.......

  3. Anonymous says:

    Gatai burit ni!

  4. Anonymous says:

    Itulah kalau dah namanya artis..bila dah pakai tudung, alim sikit, dah boleh ajar anak pasal solat 5 waktu sudah merasakan dirinya cukup hebat (nampak macam tulah) ...walhal sebelum ni model pulak tu,,bukak aurat sana sini,,baguslah kalau dah bertaubat dan mahu menjadi lebih baik..cuma jangan buat teguran terbuka yg melampau..kalau dah tak faham apa yg ustaz tu cakap tanyalah dgn adab sopan..ni dah org tegur cara kau tegur ustaz barulah tergedik2 nak mintak maaf....seharusnya klu benar2 dah berubah mestilah tau tatacara nak tegur org...klu kau nak tau ustaz tu belajar tinggi2 dulu bidang agama ni sebelum beliau berceramah macam skrg ni ...kau pergi belajar dulu sebelum nak tegur org melulu...wallahualam..

  5. Anonymous says:

    Assalamualaikum,,kpd artis yg bertudung litup (dulu model, pelakon tak tutup aurat pun)...taulah awak dah alim, ajar anak solat 5 waktu baguslah ada perubahan besar dlm hidup awak..tapi saya nasihatkan jgn lah nak tunjuk pandai kalau ilmu agama tak tinggi mana.. ustaz don tu belajar tinggi dalam bidang agama sebelum beliau berceramah seperti sekarang ni..klu ada yg awak tak puas hati tak payah lah nak komen terang2 pegilah jadi perempuan sejati (ustajah kut) tanya sendiri kat ustaz don..apa yg kau tak faham..bosan dgn artis yg bila dah pakai tudung berlagak mcm pandai sgt..ada la 2, 3 kerat yg mcm tu termasuk le yg ini..

  6. Anonymous says:

    Hang ingat hang pandai dan alim sangat nak tegur orang lain secara terbuka. Ada kemusykilan pi lah jumpa dia atau talipon. Nak tunjuk hang lagi pandai. Bukan setakat kes ini, banyak lagi insiden lain hang nak tunjuk pandai, Pi rah..

  7. Anonymous says:

    phone ada sms pun ada kenapa guna media sosial yang boleh di baca oleh semua orang, niat memang hanya tuan punya badan yg tahu tapi tindakan semua orang tahu, selalunya tindakan selari dengan niat.

  8. Anonymous says:

    Memang dia ni puak puak Ustazah Ekspress... baca kitab semuka surat cakap 12 mukasurat.

  9. Anonymous says:

    BODOH NYA LA ORANG ISLAM MACAM KORANG NI..SEMPIT PEMIKIRAN..TAHNIAH ORANG MELAYU..

  10. Anonymous says:

    Albert Einstein kata: Bijak itu ada hadnya, sementara KEBODOHAN boleh berlakh tanpa batasan.

  11. Anonymous says:

    alasan wardina aku pun x bleh terima... patut nya die fikir semasak2 dulu...even dapat video secara umum... sepatutnya die kena tanya one by one dgn ust don... ni p hambur kat fb... aku x nk kait kan dgn masa lepas die...yg lepas tu lepasla...kita sapa nak judge die... cuma sebagai wanita yg ramai org respect... perbuatan wardina menunjukkan sikap tak matang nya... mcm wartawan pun ada...huk huk....

  12. Anonymous says:

    "Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya"

    Kenyataan diatas adalah petikan dari FB Wardina... Tak menghina ke namanya tu ... Macam la dia belajar semua kitab tafsir dan kitab hadis

  13. Anonymous says:

    Kita boleh menunjuk2 diri tu baik dgn pakai tudung and pakaian yang labuh....tapi hati , perasaan dan niat sebenar kita yang Allah tunjukkan supaya org lain nilaikan. sentiasa lah muhasabah dan merendah diri.

  14. tobeng says:

    Dah berapa kali dia ni buat tuduhan melulu pada orang2 tertentu yg kemudiannya terbukti salah.

    Ramai aku jumpa orang2 sespecies yg dulunya jahil murakab tapi kemudiannya dapat sedikit kesedaran.Belajar agama sedikit sebanyakpun pakai google dan fb aje.Kemudia mula hukum orang tu tak betul orang ni kafir,jahil,masuk neraka dsb.

    Sebab tu kita disarankan kalau nak belajar seelok2nya berguru.Google tu cuma untuk rujukan bolehlah.

  15. Anonymous says:

    kadang2 rasa wardina neh nak menunjuk-nunjuk dengan perubahan dia dr yg dlue ke arah kebaikan sekarang...siap buat video tnjuk ajar anak2 solat...itu mmg wajib kita sbg umat islam mendidik anak2 solat cuma berjaya ataupun tidak...tp pada saya xperlulah nak tunjuk kat orang...adik saya yg baru belajar dari Mesir pown bila nak tunjuk video tu dia tanak tgk sbb dia kata nak buat kebaikan xperlu nak tunjuk dan share dengan org lain even u public figure.....

  16. usin says:

    senang je kan. bila orang dah respon, baru perasan kita dah over terus mintk maaf. ok fine, mintak maaf itu sangat digalakkan jika kita rasa kita telah khilaf. tapi sebelum kita menghumbankan diri kita dalam lohong kekhilafan kenapa kita tidak berfikir dulu? adakah persoalan terbuka melalui laman sosial itu akan menimbulkan lebih kontroversi berbanding kebaikan yg kononnya kita harapkan? harap wardina minum susu yang akan menyebabkan 'sel-sel otak berhubung' sebelum mengulas atau membicarakan tahap keilmuan orang lain.

  17. Anonymous says:

    Klu kita nk menegur ke arah kebaikan hendaklah dibelakang org supaya x mengaibkn peribadi seseorang itu.klu x puas hati bawak ustaz kazem p check sekali atau imam muda asraf.jgn malukn org.x baik.

  18. kpada yng komen menghentam warnida dgn nafsu adalah pengikut syaitan...ingat ust don bukan maksum..kita trlalu taksub dgn seseorg sehinggakan nk mendpt kepastian sudah dikecam..Rasulullah SAW juga sntiasa ditanya oleh para shabat utk kepastian...INGAT ust don bkn maksum!!!!

  19. kepada yg menghentam wardina..kenapa kita menghentam dia dgn nafsu ammarah yg dijolok oleh syaitan!!!...tdk salah sbgai pendgr utk bertnya atau menegur kesilapan seseorg!!! ingat ust don bukan maksum!!!inilah jadinya bila kita terlalu taksub dgn seseorg..ust don adalah manusia biasa yg tdk trlepas dr kesalahan...Rasulullah SAW sntiasa menerima teguran dr para sahabat..Nabi Muhammad SAW aadalah insan yg agung...inikan pula ust don manusia biasa..jgnlah meletakkan ketaksuban melampau trhdp manusia sehingga kita sanggup mengecam org lain dgn menghamburkn kata2 nista..adakah ini yg diajar oleh ust don!!!!

  20. Hanya tuhan saja yang tahu.... yang benar akan terselah begitu juga yang salah.....

  21. Ada kemungkinan kita marahkan wardina kerana membenci beliau Dan bukan mempertahankan ustaz don. Semoga kita semua berwaspada dengan perangkap emosi Dan nafsu ammarah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.