..

..

GUAN ENG NAIK TARIF AIR SEBAB TAK MAMPU TAMPUNG PENDAPATAN PBA ?? @reezalmerican

on Monday, April 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Tindakan kerajaan DAP negeri mahu menaikkan tarif air dengan memberi alasan demi menyelamatkan generasi masa depan dilihat sebagai satu bentuk hipokrasi paling tinggi dalam menutup kelemahan yang ada.




Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tidak sepatutnya kerajaan negeri menggunakan alasan tidak munasabah dalam merencanakan kenaikan tarif terbabit.

"Kalau betul itu alasan kerajaan negeri, adalah lebih berbaloi sekiranya subsidi petrol juga dikurangkan bagi menyelamatkan fosil demi generasi akan datang.

"Jadi jangan gunakan itu sebagai alasan kalau sebenarnya sekadar mahu mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan negeri kerana tidak mampu mendapatkan pendapatan melalui kaedah lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar dan persidangan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Bayan Baru di sini.


Rabu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar mengumumkan kadar tarif air negeri ini akan dinaikkan pada masa depan selepas mengambil kira permintaan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menambah, rancangan menaikkan tarif air itu juga amat tidak munasabah untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.

"Sebelum ini kalau harga barang naik, kerajaan pusat sering dipersendakan sedangkan punca kenaikan adalah disebabkan fenomena global yang tidak dapat dielakkan.

"Namun apabila menyentuh tarif air ini kenaikannya boleh dibendung tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri yang kononnya berjiwa rakyat?," soalnya.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air berkenaan adalah amat tidak wajar dan jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang gagal meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.

"Tindakan kerajaan negeri ini sebenarnya lebih teruk daripada Kerajaan Pusat. Ini kerana dalam usaha untuk menstrukturkan semula subsidi kerajaan, kerajaan Pusat menyalurkan pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta Bantuan Buku dan Persekolahan demi mengurangkan beban rakyat.

"Tetapi apa yang dilakukan kerajaan negeri dalam mengimbangi kenaikan ini? Malah, masih ada lagi kelompok rakyat seperti golongan petani yang masih tidak terbela," katanya.



2 Responses

  1. Anonymous says:

    Bansa cina DAP LGE haram jadah ni memang padandai putar belit. Mereka yang mencipta formula tetapi salahkan kerajaan BN/UMNO. Yang bodohnya adalah pecacai Pakatan Haram, main percaya sahaja cakap si laknat barua ini. Kalau dah pecacai bodoh tu bodah la juga...

  2. Anonymous says:

    Hei, Guan Eng, apakah barang barang yang digunakan dengan banyak olih orang Penang, naikkan harga sajalah supaya mereka berjimat. Bodoh punya politik dimainkan olih bodoh punya politikus.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.