..

..

BUKAN ISLAM DIKECUALIKAN , HUDUD ALA PAS BUKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEBENAR !!

on Sunday, April 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



PAS Kelantan main  lagi isu Hudud .  Tapi seperti biasa mereka kata HUKUM ini  hanya untuk umat  Islam dan bukannya kepada bukan Islam .

Ini hukum Hudud PAS ke hukum Hudud Allah ??

Jangan memilih bulu la PAS kalau nak laksana hudud.

Adakah PAS takut kepada DAP atau hilang sokongan kaum CIna di PRU akan datang  sekaligus mengeluarkan arahan hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam ??

\

Seperti kata Tun M , beliau menolak hukum hudud PAS bukannya hukum hudud Allah .


 - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
  
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
  
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.

   



8 Responses

  1. Anonymous says:

    mmg la bukan Islam dikecualikan dr hudud.tanya la ustaz wahai admin

  2. Anonymous says:

    Agak agak kau, hukum munakahat tu digunapakai oleh orang kafir ke?
    Yang nampak dungu ni sebab tak pernah sekolah agama atau ponteng masa bab Jinayah ni?
    Kalau nak bicara tentang agama, biar jelas dan faham. Bukan sekerat sekerat.

  3. Anonymous says:

    ekata arab saudi pun ada hudu tapi ditak kira agama buat salah tanggung la,takkan takut unid cina kot pas?

  4. hamba allah says:

    Di dalam kitab ada menyebut yang hukum hudud memang boleh dilaksanakan kepada orang kafir tapi dengan syarat mereka meredhainya.. Yang wajib dilaksanakan hanyalah kepada umat islam.. Jangan nak persoal hukum Allah jika puak UMNO tidak pernah memperjuangkannya!!!

  5. Anonymous says:

    Kalau Islam kata kena masukkan orang bukan islam sekali. Maka masukkan saja lah. Kenapa nak memandai-mandai. Nanti tak adil pulak dan daripada nak dapat pahala dapat dosa.

  6. Anonymous says:

    Yg aku faham, dlm negara Islam, bab jinayah ni,
    Jenayah sesama Islam, ikut perundangan Islam.
    Jenayah terhdp umat Islam, ikut perundangan Islam.
    Jenayah oleh umat Islam, ikut perundangan Islam.
    Jenayah sesama bukan Islam, mk itu sahaja yg ada pilihan. Pilihan pula adalah terpulang kpd yg menjadi mangsa, bukan kpd yg memangsa.
    WaAllahu'alam !
    Anyway, Majlis Fatwa patut bermuzakarah dan keluarkan garis panduan yg rasmi pendirian Majlis Fatwa.

  7. Anonymous says:

    Munakahat tu x termasuk dalam Hudud lah bengong...ko ni kalo nak jahil bialah bertempat..

  8. Anonymous says:

    Aku tambah sikit, jenayah sesama bukan Islam, yg ada pilihan tu pulak, klu nak guna yg bukan perundangan Islam, kena guna hakim bukan Islam sbb hakim Islam hanya boleh menghukum mengguna hukum Islam. WaAllahu'alam.
    Anon 10:53am.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.