..

..

ADUN JAWI BANGKIT ISU PERKAUMAN KAUM INDIA MABUK DIBIDAS

on Sunday, April 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kelmarin  di  satu sidang media telah diadakan oleh masyarakat kaum India NIBONG TEBAL bersama wartawan berkenaan isu tidak puashati terhadap kenyataan sidang media yang diberi oleh ADUN JAWI

Diantara yang hadir ialah V. SAHTIA - Pengerusi MIC Bhg N.TEBAL , A. MANIAM - Pengerusi PIBG SRJK (T) N.TEBAL dan  N. NADARAJA - Wakil penduduk Ladang  Bayram.

Pertama ,  mereka membidas bantuan pemberian Hamper, sumbangan kepada kuil, sumbangan kepada SJK (T) dan pembersihan kubur yang diberikan oleh ADUN JAWI . Menurut mereka , ia   adalah satu tradisi yang dilaksanakan sejak dari dulu lagi oleh kerajaan BN dan ini bukan satu pembangunan kepada masyarakat India N.TEBAL.

Kedua ,  mereka mendesak agar Adun Jawi  keluarkan senarai perbelanjaan dan surat hitam putih sebagai bukti bagi bantuan yang diberi oleh beliau  kepada masyarakat India Nibong Tebal .

Ketiga ,  kebiadapan  ADUN JAWI yang  telah mengeluarkan kenyataan mabuk, iaitu orang mabuk juga telah pergi ke pejabat saya dan macam mana saya nak bantu??  Buktikan kaum India yang pergi ke pejabat ADUN JAWI semua orang mabuk dan ini menghina masyarakat kaum India.

Selain itu ,  sejak kemenangan SOON LIP CHEE dalam PRU-13 di DUN JAWI banyak masalah yang timbul khususnya tentang perkhidmatan ADUN JAWI hanya lebih masyarakat Cina sahaja; masyarakat Melayu dan India diketepikan.

  Hadirin menyatakan jika ADUN JAWI tidak memberi penjelasaan terhadap sidang media yang menyentuh isu perkauman pada 1 APR 2014, maka tindakan menolak/memperotes ADUN JAWI akan berterusan.






Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.