..

..

YANG TERSIRAT DISEBALIK NAMA JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH

on Sunday, March 2, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


1, Ramai hadirin di tapak perasmian  terkejut semasa ucapan PM DS  Najib Tun Abd Razak di perasmian Jambatan Kedua P.Pinang , beliau mengumumkan ia dinamakan Jambatan Sultan Abd Halim Muadzam Shah. Ini kerana semua sedia maklum selain perasmian , sudah tentunya  akan diumumkan kadar tol jambatan ini tetapi tiada.

2.  Nama Jambatan Sultan Abd Halim Muadzam Shah mula disebut-sebut apabila Gabungan NGO P.Pinang mencadangkan di satu sidang akhbar  supaya jambatan ini dinamakan sempena YDP Agong . Pemilihan nama ini adalah daripada  rakyat   untuk memartabatkan institusi Diraja   KLIK DI SINI 

3. Apabila surat cadangan NGO ini dihantar kepada  PM sendiri serta Istana Negara  , ternyata ia menjadi kenyataan hari ini dengan mendapat perkenan daripada YDP Agong sendiri .

4.  Ini membuktikan PM DS Mohd Najib Tun Abd Razak  mempunyai hubungan baik dengan YDP Agong dan melalui usaha beliau jugalah  , cadangan & rintihan   daripada rakyat turut mendapat perkenan Baginda .

5. Mengapa nama YDP Agong dipilih ?  Terdapat lagi yang tersirat disebalik nama ini dan bukan sahaja alasan untuk  memartabatkan institusi Diraja . Ia sebenarnya   membawa maksud supaya  ingat balik sejarah Pulau Pinang dahulu adalah di bawah naungan  pemerintahan Sultan Kedah, moyang YDP  Agong sekarang.



6.  Malah kehadiran MB Kedah Datuk Paduka Muhkriz Tun Mahathir ( seorang MB negeri jiran P.Pinang sahaja hadir ) di tapak perasmian malam tadi pun  dah beri signal pun bahawa secara rasmi   nama Sultan Kedah akan terpahat selama-lamanya  di Jambatan terpanjang Asia Tenggara ini .

7.  GPB ucapkan terima kasih kepada PM kerana membuat keputusan bijak memilih nama YDP Agong untuk jambatan kedua P.Pinang ini .

Rakyat Malaysia menyambut baik nama ini  Jambatan Sultan Abd Halim Muadzam Shah .

Daulat Tuanku !





GEORGE TOWN: Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu malam.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Kalau ada sebuah jambatan yang begini hebat dan orang akan sebut Jambatan Pulau Pinang Kedua, ia tak ada 'umph', tak signifikan...
"Semoga terbinanya jambatan ini dan dengan nama (Yang di-Pertuan Agong), Insya-Allah akan kekal abadi secara berpanjangan dalam lipatan sejarah Malaysia," katanya semasa berucap merasmikan jambatan itu di sini.
Sambil menyifatkannya sebagai detik yang amat bersejarah dan penting dalam perjalanan negara, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa pengguna jambatan itu tidak akan dikenakan tol selama sebulan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata jambatan itu bukan sahaja mercu tanda baharu negara tetapi juga mencetuskan pemangkin kepada proses pembangunan dan kerancakan ekonomi Pulau Pinang dan koridor utara.
Menurutnya laluan selatan dipilih bagi pembinaan jambatan kedua itu bagi membangunkan sekitar kawasan Nibong Tebal, Batu Kawan di bahagian seberang dan Balik Pulau di bahagian pulau serta limpahannya turut dapat dirasai oleh Kedah, Perlis dan utara Perak.
"Projek ini dicadangkan oleh (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) pada 1995 dan apabila Tun Abdullah (Ahmad Badawi) menjadi perdana menteri, beliau mempunyai dua pilihan laluan iaitu utara dan selatan, dan beliau membuat keputusan memilih cadangan laluan selatan," katanya.
Najib berkata walaupun berlaku peralihan kuasa pemerintahan di Pulau Pinang pada 2008, tetapi projek itu diteruskan kerana ia adalah untuk manfaat rakyat Pulau Pinang.
"...inilah semangat yang perlu kita pupuk, perlu ada cita-cita besar kepada Malaysia. Oleh itu, adalah penting walau apa pun fahaman politik kita, kita perlu utamakan pembangunan negara," kata Perdana Menteri.-BERNAMA









2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tahniah DS Najib, disebalik kita merayakan projek mega disebuah negeri pembangkang, janganlah pula kita lupa kepada Sabah dan Sarawak yang sentiasa menjadi penyokong kuat BN. Kalau boleh DS siapkan Lebuhraya Trans Borneo dan rasmikannya sebelum PRU14. Kalau mereka merajuk nanti susah pula.

  2. jgn lupa lebuhraya segamat - kuantan juga...dlm akujanji ada tulis..nanti merajuk org johor/pahang yg selama ni jadi tulang belakang umno

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.