..

..

VIDEO : KEBIADAPAN WAN AZIZAH FITNAH MALAYSIA GUNA BOMOH CARI #MH370

on Sunday, March 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment







Komander Angkatan Tentera Laut AS, William Marks puji Malaysia dan 
Search and Rescue (SAR) Team Malaysia


Hakikat sebenar kekuatan pasukan negara-negara di dalam SAR Team MH370, Tidak ada sebarang kenyataan dan maklumat rasmi bahawa Kerajaan Malaysia menggunakan bomoh dalam SAR Team MH370


Selain itu para pemimpin UMNO/BN turut mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah swt agar penumpang dan anak kapal MH370 dapat ditemui dalam keadaan selamat



Malangnya, di sebalik pujian Komander Angkatan Tentera Laut Malaysia, jumlah kekuatan anggota SAR yang diumumkan secara rasmi oleh kerajaan Malaysia, solat hajat oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, ada sejenis makhluk yang menipu dan memfitnah UMNO, BN dan kerajaan Malaysia. Makhluk ini juga mempersenda pasukan SAR Malaysia, dengan mengatakan "Malaysia guna bomoh". Penipuan dan fitnah yang dilakukan langsung tidak konsisten dengan imej bertudung yang beliau peragakan selama ini.

Kenyataan ini dibuat oleh wan Azizah dalah salah satu daripada ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Kajang. Berita ini pada mulanya disiarkan oleh Malaysian Insider, namun didakwa oleh sesetengah pihak telah dipadam mungkin kerana mahu melindungi Wan Azizah..




Perbuatan menipu dan memfitnah serta sikap tidak patriotik Wan Azizah wajar diselar. Kerajaan Malaysia juga wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas Wan Azizah di atas penipuan yang dilakukan serta sikap tidak patriotik dan penghinaan terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan SAR MH370 Malaysia.


baca lagi blogger yang mengutuk penipuan dan sikap tidak patriotik Wan Azizah di bawah..


Takut Wan Azizah 'Dibelasah' Lebih Teruk... TMI Tarik Balik Artikel #PrayForMH370


Portal berita, The Malaysian Insider (TMI) dilaporkan telah memadam artikel bertajuk “Dunia Guna Alat Canggih, Malaysia Pakai ‘Bomoh Doremi’ Cari MH370, kata Dr Wan Azizah” yang diterbitkan di portal tersebut sebelum ini.

Artikel tersebut menyelitkan kenyataan Presiden PKR itu yang memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370, dalam ceramahnya di Sungai Jelok, Kajang malam tadi.

Pihak TMI tersebut cuba dihubungi oleh Selangor Press, namun panggilan tidak dijawab.

Ekoran tersiarnya artikel itu semalam, masyarakat terutamanya yang bersimpati atas tragedi pesawat MH370 mengutuk keras kenyataan dan tuduhan tidak berasas dibuat calon PKR untuk Pilihanraya Kecil (PRK) DUN kawasan itu.

Beberapa pemerhati politik melihat tindakan TMI tersebut bertitik tolak atas paksaan pihak tertentu agar artikel tersebut dipadam bagi mengelak Wan Azizah daripada terus dihentam masyarakat terutama menjelang PRK ini.

Semasa ceramah di Sungai Jelok itu, Wan Azizah telah menyelar kerajaan dan menuduh bahawa kerajaan Malaysia bergantung kepada khidmat bomoh untuk mencari pesawat MH370, selain turut menyelitkan beberapa kutukan terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. [SUMBER]

SUMBER : TUN FAISAL BLOG 


One Response

  1. Anonymous says:

    Lemah otak ,,,,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.