..

..

TYT TAN SRI TAIB MAHMUD , SIGNAL SARAWAK AKAN TERUS KEKAL KUBU KUAT BN

on Saturday, March 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-7 menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 92, yang tamat tempoh perkhidmatannya semalam.
Abdul Taib, 78, yang bersara dari semua jawatan politik dan pentadbiran negeri menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara jam 3 petang semalam.
Beliau mengangkat sumpah jawatan tepat jam 11 pagi di hadapan Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjun di Dewau Lapau, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Ia turut disaksikan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani.
Tetamu jemputan tiba seawal jam 9.30 pagi di perkarangan Dewan Undangan Negeri disusuli ketibaan Ketua Menteri serta isteri pada pukul 9.50 pagi.
Tan Sri Abdul Taib serta isteri tiba jam 10.10 pagi dan diberi hormat di raja sambil diiringi Lagu Ibu Pertiwiku.
Sejurus itu beliau memeriksa Pasukan Kawalan Kehormatan Utama diiringi oleh Pegawai Pemerintah Perbarisan sebelum menuju ke Dewan Lapau untuk Istiadat Angkat Sumpah.
Istiadat bermula dengan bacaan Surat Cara Perlantikan daripada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Menteri.
Yang di-Pertua Negeri kemudiannya mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Sumpah di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Seterusnya, beliau menandatangani Surat Pengisytiharan disaksikan Ketua Menteri sebelum bacaan doa oleh Imam besar Negeri Datuk Jorgi Suhaili.
Istiadat diakhiri dengan Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. – BH Online


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.