..

..

TWEET BIADAP : ADUN SEBERANG JAYA SALAHKAN UMNO PENYEBAB DIRINYA DIANGGAP MUSUH POLIS @dzainalabidin

on Thursday, March 6, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments



Semua salahkan UMNO , tak pun blogger UMNO  ...itu sahajalah hujah longkang pemimpin PKR yang kini digunapakai Dr Afir Bahardin , Adun PKR Seberang Jaya . 

Jangan ingat rakyat bodoh & tak memahami tweet anda  .  Apabila anda menyatakan tweet itu  tidak merujuk kepada sesiapa adalah jawapan  dangkal .  

Di ketika semua rakyat terkejut dengan terkorban seorang anggota Polis ketika menjalankan tugas menjaga ketenteraman awam ,  beliau telah  tweet kenyataan cukup biadap  " Penjenayah Bunuh Polis itu tidak menghairankan "  .

Malah Timbalan   KPN turut menyelar kenyataan Adun PKR ini jelas tidak berperikemanusiaan .  

Tindakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin yang mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai penjenayah dan polis disifatkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai tidak berperikemanusiaan.

Dr Afif memuat naik status Facebooknya sebagai "penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah..."

"Kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat oleh seorang wakil rakyat," ujar Mohd Bakri pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Balai Polis Tabuan Jaya di sini, pada Khamis.



Sewajarnya beliau memohon maaf dalam kenyataan medianya tetapi tidak dilakukan sebaliknya menyalahkan ia salah UMNO dengan angkuh & seperti tak rasa bersalah !!





KENYATAAN MEDIA : MENJAWAB DAKWAAN MENGHINA POLIS 

 Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

 Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam  telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam.

Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa. 

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

 Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya.

Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara. 

 Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan.

Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan.

Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.

Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58: "Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

 Afif Bahardin
 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang ADUN Seberang Jaya


8 Responses

  1. Anonymous says:

    Budak sekolah rendah pun tahu maksud tweet dia...takpayah nak spin..

  2. Anonymous says:

    Sekarang nampak calun pkr yg dipilih abang semuanya berotak setaraf kambing. Kasi telor satu baru tau

  3. Anonymous says:

    Surah An-Nisaa ayat 58:
    tuduhan kamu pada aruah Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd pula bagaimana ??

  4. Anonymous says:

    Dia menang pun pasal undi Cina di Seberang Jaya. Dr hampaih...dan bodoh.

  5. Anonymous says:

    adun NI mELAYU DAN BERAGA iSLAM KE????

  6. Anonymous says:

    YB bodoh ini bukan sahaja mejadi musuh polis malah akan menjadi musuh seluruh keluarga,rakan,pesara dan anak cucu polis Malaysia.Ingat sikit.Your time will come.

  7. Anonymous says:

    Memang sahlah BANGSAT PENAKUT si mamat ni! Mungkin dia takut di BUNUH penjenayah tak - lepas tu, mcm. mana nak minta bantuan polis yg. diHINAnyakan! Jadi nak salahkan UMNO pula - dasar strategi KEPARAT dan PENAKUT oleh PEMBANGKANG DAJAL!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

  8. Anonymous says:

    Hey Dr bongok,bengong, bodoh,baghal,haramjadah ,otak letak kat bontot,aku rasa mak bapak kau menyesal lahirkan kau kat dunia ni,kalau mak bapak kau tak rasa apa apa aku tak tahulah mak bapak jenis apa , kau kena minta maaf dan tarik balik kata kata kau tu , mana manusia boleh bunuh orang suka suka

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.