..

..

MELOYAKINI SPIN HUBUNGAN NAJIB- HISHAMUDDIN , PARTI DINASTI PKR & DAP BAGAIMANA ? #MH370

on Wednesday, March 19, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


 CNN seperti hilang modal dah untuk hentam PM dan Menteri Pertahanan DS Hishamuddin dalam mister kehilangan pesawat MH370    dengan mengungkit soal pertalian kekeluargaan antara mereka dan turut di spin Malaysiakini .

Sepatutnya CNN tanya di sidang media berkenaan tentang perkembangan terkini MH370 tetapi ini tidak dengan soalan peribadi yang tak relevan . Tapi ia tetapi  dijawab dengan bukan dalam nada emosi tetapi   tegas oleh Hishamuddin hari ini .

Selain itu ,   tukang spin pembangkang Malaysiakini sepatutnya pergi tanya  hubungan kekeluargaan pemimpin pembangkang yang jauh lebih ramai  . Mereka  lebih teruk mengamalkan  kronisme keluarga  berbanding kerajaan .

"WHY ARE U PROTECTING NAJIB BECOZ OF YOUR COUSIN ?" 



Kredibiliti Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mula dipermainkan media barat apabila mendakwa beliau di bawah 'perlindungan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 

 Dalam sidang media di Sama-sama Hotel pada petang tadi, seorang wartawan dari CNN mula mendakwa beliau tidak memberikan kerjasama yang baik dengan media dan juga lambat menyalurkan maklumat kepada semua pihak. 

Wartawan tersebut juga mula mempertikaikan hubungan kekeluargaan beliau dengan Najib. Hishammuddin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit.

 "Ya, saya memang sepupu Perdana Menteri namun saya bukan berada di bawah perlindungan beliau. "Pihak kami bekerjasama dengan 26 buah negara yang berbeza, banyak maklumat yang diterima dan perlu disahkan terlebih dahulu sebelum dibentangkan kepada media, tentunya ia memakan masa," katanya. 

 Beliau turut menegaskan, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang dakwaan berhubung pencarian MH370.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.