..

..

ANWAR IBRAHIM DIDAPATI BERSALAH LIWAT SAIFUL BUKHARI , SELAMAT TINGGAL #PRKKAJANG

on Friday, March 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Laporan 1


3 panel Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan mensabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan di Istana Kehakiman Putrajaya sebentar tadi.

Prosiding mendengar rayuan dari pasukan pendakwaan ditetapkan bermula semalam hingga hari ini.Hakim menerima rayuan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Memandangkan waktu pejabat sudah hampir berakhir,agak sukar untuk pasukan pembelaan Anwar diketuai peguam Karpal Singh untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, hari ini Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dihantar ke penjara pada hari ini sebelum pasukan pembelaan boleh memfailkan prosiding rayuan di Mahkamah Persekutuan - sumber

Laporan 2

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan. 


MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 


Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh. 


4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah. 


4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya. 


“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu. 


“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul. 


"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel. 


Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan. 


“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).” 


Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing. 


“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”. 


5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan. 

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh. 


5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain. 


“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya. 


5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.” 


Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.” 


Laporan 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar dijangka akan dikenakan hukuman penjara yang lebih lama selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantunya.

Mahkamah kecoh apabila hukuman dijatuhkan dengan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Keputusan hari ini adalah sebulat suara di kalangan tiga hakim itu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai penal hakim masih belum menjatuhkan hukuman yang boleh dikenakan sehingga 20 tahun itu.

Dengan hukuman ini, masa depan polik Anwar hampir berakhir. Dia tidak boleh memegang sebarang jawatan politik dan menyertai sebarang pilihan raya termasuk menjadi calon PRK Kanag yang akan diadakan 23 Mac ini.

Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.

"Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: 


"Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, semasa menyampaikan keputusannya, berkata, semua tertumpu kepada bukti DNA.

"Kami telah mengkaji bukti yang diberikan oleh IO Jude Blacious. Apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan meletakkan penanda pada setiap sampul surat.

"Perubahan berlaku kepada plastik bag dan bukan bahan bukti. Mohor ke atas sampel adalah utuh dan tidak ada perubahan pada sampel," kata hakim itu.

Katanya, hakim Mahkamah Tinggi memutuskan perubahan berlaku pada beg plastik sahaja.

"Kami dapati tiada sebab hakim itu lari dari penemuan awalnya (memanggil Anwar membela diri)."

"Kami dapati hakim yang bijaksana telah salah dalam penghakimannya dalam isu integriti sampel itu.

"Kami benarkan rayuan ini dan mendapati (Anwar) salah sebagaimana didakwa," katanya.

Mahkamah kemudiannya memutuskan untuk menimbang rayuan untuk meringankan hukuman selepas mahkamah berehat satu jam.

Sebelum itu peguam Karpal Singh meminta ia dibuat minggu depan namun dibantah oleh Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang meminta ia dibuat hari ini juga walaupun tidak bersedia.

Selepas berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak lalu Anwar bangun dan berkata "Kita buat sekarang."– 7 Mac, 2014. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.