..

..

ANALISIS : PRK KAJANG BUKTIKAN PENGUNDI CINA SETIA KEPADA PAKATAN @NajibRazak @dzainalabidin

on Monday, March 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Keputusan PKR memilih Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail antara faktor membolehkan beliau menang selesa walaupun undi diperolehi pada PRK DUN Kajang, merosot sedikit. Ini kerana pengundi melihat Presiden PKR itu tiada liabiliti berbanding suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bertanding selepas Adun PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan akhir Januari lalu.

 Malah, pada peringkat awal ketika Anwar diumumkan akan bertanding, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh mengurangkan majoriti 6,824 yang diperolehi Lee pada PRU 13. Tinjauan awal ketika ini mendapati penduduk Kajang sudah muak dengan isu peribadi Ketua Pembangkang itu yang berdepan perbicaraan kes liwat dan isu moral yang pernah dinafikannya.

 Bagaimanapun, perasaan kecewa dengan Anwar dikatakan berubah sebaik Wan Azizah dicalonkan menggantikan suaminya yang hilang kelayakkan bertanding selepas dihukum penjara lima tahun kerana disabit kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

 Sebilangan pengundi yang sebelum ini dijangka memihak kepada calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun kembali menyokong PKR dengan memberi undi kepada Wan Azizah atas faktor beliau tidak bermasalah seperti Anwar.

 Selain itu, Kajang Move turut memberi pengaruh kepada pengundi di kawasan tersebut untuk memilih Wan Azizah. Ianya bukan kerana untuk menukar Menteri Besar tetapi mereka percaya cakap-cakap pembangkang bahawa itu langkah mudah ke Putrajaya.

 Mesej lain selepas keputusan pengundian pada Ahad membuktikan pengundi-pengundi Cina masih setia dengan Pakatan Rakyat. Walaupun BN berkempen dengan menonjol Chew sebagai pimpinan baru MCA selepas pemilihan baru-baru ini, pengundi-pengundi Cina tidak melihat itu boleh membawa kebaikan kepada mereka. 

 Lihat sahaja peti-peti undi di kawasan majoriti kaum Cina, mereka menguasai peratusan dan sanggup memilih Wan Azizah berbanding Chew walaupun Naib Presiden MCA itu satu keturunan dengan mereka. Chew hanya mendapat 11,362 undi berbanding Wan Azizah yang memperolehi 16.741 undi.

 Untuk rekod, Lee memperolehi 19,571 undi manakan calon BN Lee dapat 12,741 undi pada PRU 13. 

Dengan majoriti 6,824 diperolahi Lee dan 5,379 oleh Wan Azizah, bermakna Chew dapat mengurangkan 1,445 undi pada PRK ini. Inilah suka duka yang diharungi Wan Azizah dan Chew pada PRK DUN Kajang. Ia juga membawa makna yang menang tidak dapat kesemuanya manakala yang kalah tidak kehilangan kesemuanya.

 Lagipun, mood PRU 13 yang baru 10 bulan berlalu masih kuat dijiwa sebilangan besar pengundi DUN Kajang jika keputusan PRK Kajang ini diambil kira. Bagaimanapun, pada PRK kali ini, peratusan pengundi keluar mengundi merosot sebanyak 16.4% apabila hanya 72% (28,314 orang) pengundi berbanding pada PRU13 sebanyak 88.4% atau 34,920 orang.

 Pagi tadi, Pengerusi Suruhanajaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mensasarkan 80% pengundi untuk keluar mengundi namun sasaran itu gagal dicapai. Walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, namun sasaran mereka untuk menambah undi majoriti gagal dicapai.

 Apatah lagi omongan kosong Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mencanangkan pembangkang mahu memastikan bukan sahaja Chew tewas tetapi hilang deposit.

 Dengan kemenangan ini, apakah agenda seterusnya PKR? Juga ingin diketahui sama ada Wan Azizah akan menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka yang telah mengundinya atau berjuang dalam Reformasi 2.0 kononnya bagi menuntut keadilan untuk Anwar. -bnbbc.my


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Mereka pilih PR sebab ingin menakluk Malaysia.Bila PR menang yang punya kuasa veto ialah DAP. PKR dan PAS cuma pak turut macam Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai!!!!!!

  2. Apa pun pandangan negatif yang dibuat ke atas PKR@PR.....mereka tetap menjadi pilihan pengundi...walaupun tanpa khidmat wakil Rakyat kepada pengundi.......PKR@PR adalah pilihan terbaik...para blogger PRO UMNO@BN tidak perlu menggembar-gemburkan isu tangggungjawab wakil Rakyat....ini bukan lagi isu...yang penting ialah...UMNO@BN perlu dihapuskan di atas muka bumi ini......ini matlamat perjuangan PKR@PR......

  3. Anonymous says:

    PGayR

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.