..

..

AKHBAR CINA TUDUH UMNO P.PINANG BOIKOT PERASMIAN JAMBATAN KEDUA P.PINANG ? @dzainalabidin @reezalmerican

on Saturday, March 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Tuduhan akhbar Cina bahawa UMNO P.Pinang memboikot perasmian Jambatan Kedua P.Pinang ternyata palsu .  
Kalau  nak bodek Guan Eng pun , check la dulu  dengan pimpinan UMNO negeri yang terlibat secara langsung untuk membawa  ribuan  rakyat &   penyokong UMNO -  BN ke tapak perasmian malam ini . 


Malah Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, setiap UMNO bahagian negeri ini akan menghantar ahli mereka antara lima hingga 10 bas ke majlis berkenaan.

UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang diketuai oleh Musa sendiri akan menghantar lima buah bas penyokong selain BN Bukit Mertajam akan turut menghantar dua buah bas.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Negeri, Rafizal Abd Rahim pula berkata keputusan jawatankuasa penyelarasan yang telah diadakan memutuskan seramai 5,000 orang akan di bawa dari Seberang Perai.

Di bahagian Pulau pula seramai 3,000 orang dijangka akan dibawa dengan menaiki bas untuk menghadiri majlis perasmian bersejarah oleh Perdana Menteri.

"Mesyuarat yang akan diadakan pada malam ini adalah mesyuarat penyelarasan mengenai persiapan sambutan dan perkara yang berkaitan dengan program tersebut.

"Oleh kerana itu tidak timbul langsung isu memboikot sepertimana yang didakwa oleh sebuah akhbar bahasa Cina seperti mana yang dilaporkan.

"Projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan, tiada sebab untuk UMNO Pulau Pinang membantah kehadiran Perdana Menteri bersama pimpinan yang lain, sedangkan segala persiapan telah pun dibuat bagi majlis tersebut sejak awal lagi, " kata Rafizal lagi. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.