..

..

WISMA TRANSFORMASI & PENJENAMAAN SEMULA UNTUK RAKYAT PERMATANG PAUH @NajibRazak @dzainalabidin @drnovandri

on Monday, February 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Syabas & Tahniah kepada UMNO Permatang Pauh diketuai  Cikgu Mohd Zaidi Mohd Said  & barisan kepimpinannya   yang membawa perubahan besar  kepada UMNO Bahagian melalui penjenamaan semula markas operasi yang dinamakan Wisma Transformasi . 

Tatkala Anwar Ibrahim sibuk berkempen di Kajang , UMNO Permatang Pauh akan terus membela & memberi khidmat terbaik kepada rakyat parlimen ini demi menawan kembali kerusi ini di PRU akan datang . 

Malah mereka akan  terus bertekad akan mendedahkan siapa sebenarnya Anwar kepada rakyat Kajang nanti kerana sepanjang Ketua Pembangkang ini menjadi ahli parlimen , masalah   rakyat di sini langsung tak dipedulikan hinggakan terdapa 11 keluarga tiada bekalan elektrik di rumah mereka.









PERMATANG PAUH 16 Feb. - UMNO Bahagian Permatang Pauh mengorak langkah baharu dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat di kawasan berkenaan dengan penjenamaan semula 'markas operasinya'.

Dinamakan Wisma Transformasi, penjenamaan itu merupakan sebahagian daripada langkah awal untuk menyuntik imej segar kepada parti seterusnya menyusun gerak kerja yang mantap di bawah kepimpinan baharu.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, tanpa melupakan jasa pemimpin terdahulu, penjenamaan semula berkenaan tepat pada masanya dan seiring dengan pengubahsuaian bangunan dan penyusunan semula jentera parti untuk menawan kembali kawasan Parlimen berkenaan.



"Mulai saat ini, UMNO Bahagian Permatang Pauh akan menjadikan Wisma Transformasi sebagai medan terbaik bagi penduduk di sini mendapatkan bantuan.

"Bantuan yang kita hulurkan bukan terhad pada perkara tertentu sahaja tetapi secara menyeluruh. Kita akan memberi khidmat nasihat dan menjadi pemudah cara kepada rakyat.

"Dalam soal ini, kita turut fokus kepada pendidikan, kebajikan, ekonomi dan pembangunan belia setempat yang merupakan cabang penting," katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran Wisma Transformasi UMNO Permatang Pauh yang disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Mohd. Zaidi bersama barisan kepimpinannya telah mengorak langkah mendekati rakyat kawasan berkenaan apabila dilihat kerap turun padang membantu mereka yang berada dalam kesusahan termasuk ketika beberapa buah kampung dalam kawasan berkenaan dilanda banjir hujung tahun lalu.





Selain itu, mereka juga merupakan antara pasukan paling awal tiba di lokasi ketika berlaku kebakaran dan baru-baru ini turut membantu 11 buah keluarga di Kampung Penanti yang tidak mendapat bekalan elektrik sejak puluhan tahun lalu.

Sementara itu melalui Program Minda Transformasi, pelbagai program turut dijalankan dalam usaha mendekati penduduk dan memahami denyut nadi rakyat kawasan berkenaan yang seolah-olah terpinggir kerana 'kesibukan' ahli Parlimen yang dipilih mereka.



Memasuki tahun 2014, satu majlis makan malam dan penyampaian bantuan di bawah peruntukan khas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah berlangsung dengan jayanya apabila dihadiri lebih 1,000 orang.

Sehingga kini, puluhan program lain telah dan bakal menyusul antaranya gotong royong, pertandingan memasak bubur asyura, sambutan Maulidur Rasul dan bacaan Yasin, majlis penyampaian bantuan awal persekolahan, majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), majlis sumbangan untuk sektor pertanian selain tegas dalam mempertahankan kesucian agama Islam dan hak orang Melayu.




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.