..

..

VIDEO PENDEDAHAN 11 KELUARGA TIADA ELEKTRIK TAK DIPEDULIKAN ANWAR DI PERMATANG PAUH #KAJANG

on Tuesday, February 18, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



 Jika ada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang beranggapan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memberi khidmat kepada DUN itu, anggapan itu adalah satu andaian yang bakal mengecewakan para pengundi.
Anwar hanya mahu menang dan bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu, tetapi bukan untuk berkhidmat kepada para pengundinya.
Di Permatang Pauh, parlimen yang dimenangi sejak sekian lama, Anwar jarang balik ke parlimennya menyebabkan 11 keluarga mengadu ketiadaan bekalan elektrik.
Perkara ini didedahkan oleh Cikgu Mohd Zaidi Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam sidang media kelmarin.
“11 keluarga telah mengadu kepada Anwar Ibrahim, ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang tentang masaalah mereka yang tidak mempunyai bekalan elektrik tetapi tiada tindakan diambil?.
“Ini adalah sebahagian kecil daripada permasalahan rakyat parlimen Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh cikgu Zaidi, Ketua Bahagian Permatang Pauh kelmarin,” lapor Dr MiM.
Menurut Dr MiM pengundi DUN Kajang juga perlu memikirkan nasib mereka jika mereka tersilap mengundi Anwar permasalahan pengundi Permatang Pauh akan menimpa diri mereka pula.




“Jika isu 11 keluarga Permatang Pauh tidak mendapat bekalan elektrik itu pun tidak dapat diselesaikan oleh Anwar, bagaimana pula dengan rakyat DUN Kajang?
“MiM difahamkan bahawa UMNO bahagian Permatang Pauh akan turun ke PRK Kajang untuk menceritakan sendiri isu-isu rakyat setempat Permatang Pauh kepada rakyat Kajang,”lapornya. - AIDC-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.