..

..

UMNO & PAS BANTU MANGSA KEBAKARAN PERMATANG PAUH , DI MANA BANG NON ?? @dzainalabidin

on Monday, February 10, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Semalam satu kebakaran telah  berlaku di Kampung Petani , Penanti & mengakibatkan keluarga mangsa tinggal sehelai sepinggan kerana semua harta benda habis musnah dijilat api .

GPB dikhabarkan  Ketua UMNO Bahagian  Permatang Pauh Mohd Zaidi Hj Mohd Said  terus   bergegas  ke tempat kejadian selepas mendapat berita daripada ahli cawangan di situ & turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa.

Di ketika itu juga Datuk Salleh Man , iaitu Adun kawasan berkenaan juga turun melawat dan membantu  keluarga mangsa kebakaran .

Melihat kepada gambar-gambar   ini dan siapa yang hadir  bila rakyat ditimpa musibah , memang patut pun Cikgu   Zaidi mengkritik Anwar Ibrahim   dan ingin mendedahkan siapa sebenarnya Ahli Parlimen Prmtg Pauh  ini kepada pengundi Kajang .

 Itu pun macai   AMK PKR Prmtg Pauh  dok main ugut   kepada UMNO Prmtg Pauh agar jangan terus dedah siapa sebenarnya Anwar di Permatang Pauh kepada pengundi Kajang .

Walaupun Salleh Man hadir sekalipun  ,  rakyat Permatang  Pauh masih menantikan khidmat Ahli Parlimennya yang kini sedang  mengidam  jawatan MB Selangor .






BUKIT MERTAJAM 10 Februari  -  Umno Permatang Pauh  semalam  segera tampil membantu sebuah keluarga yang rumah mereka musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Petani , Penanti  . Kejadian berlaku kira-kira jam 9.00 malam dan 2 buah  kereta BOMBA datang untuk memadamkan kebakaran . 

Ketuanya , Mohd Zaidi Hj Mohd Said   berkata  Umno amat bersimpati dengan nasib keluarga itu kerana semua harta benda mereka dijilat api yang didakwa berpunca daripada litar pintas. Beliau menghulurkan sumbangan bantuan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban . 

Turut melawat mangsa kebakaran itu ialah Adun PAS Permatang Pasir , Datuk Salleh Man & Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin . -MY PENANG ONLINE- 






sumbangan pakaian kepada keluarga mangsa oleh penduduk
kampung 



keadaan rumah mereka setelah api berjaya dipadamkan 



SUMBER : MY PENANG ONLINE


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.